Selepas beberapa bulan menjadi bualan hangat dan terpalit kontroversi percintaan mereka, View Chin dan Mira kini ‘kembali’.
Menerusi Instagram, Mira atau nama sebenarnya Amirah Aqilah memaklumkan selepas ‘terpisah’ sekian lama dia dan majikannya kini kembali bersama dalam siaran langsung.
Sedondon menggayakan baju putih, pasangan kekasih itu difahamkan ‘back on track’ membuat siaran langsung bisnes bersempena dengan jualan 7.7 semalam.
Meskipun menerima kecaman hebat ketika isu sedang panas namun ramai yang kembali menyokong mereka seolah-olah tiada apa yang berlaku sebelum ini.
Malah, siaran langsung tersebut ditonton lebih 18,000 pengguna TikTok dan View Chin turut mengumumkan setiap seorang yang menonton akan diberikan ‘gift’.
Dalam pada itu, ramai mendoakan agar pasangan tersebut bertemu jodoh dan berubah ke arah yang lebih baik.
Mira dan View Chin sepadan, semoga bertaubat dan berubah sama-sama ke arah yang lebih baik. Semoga mira dapat tunjuk Islam yang lebih baik kepada View Chin.”
View this post on Instagram