Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selepas Anak Perempuan, Datin Shahida Dedah Anak Lelakinya Pula Alami Disleksia

datin shahida anak disleksia

Mendedahkan anak ketiganya, Ibraheem Adham atau mesra disapa sebagai Baem telah disahkan mengalami Disleksia, usahawan Datin Seri Nur Shahida akui masalah itu juga telah dialami oleh anak perempuannya, Qadejah El Zahra sebelum ini.

datin shahida anak disleksia

Advertisement

“Sebenarnya saya bawa Baem pergi buat ujian Disleksia, lepas buat ujian, dia disahkan mempunyai Disleksia sama macam Qadejah, bulan depan masuk sekolah baru lah Baem ya.”

Bagaimanapun, Shahida dikhabarkan langsung tidak panik dan menerangkan situasi sebenar yang dialami oleh kanak-kanak Disleksia.

“Disleksia ini bukan kecacatan ya, ia cuma ada masalah pembelajaran, caranya tak sama macam kanak-kanak biasa.”

Tambah Shahida, ibu bapa juga disaraan supaya tidak susah hati dengan masalah yang menimpa anak mereka. Hal ini kerana, hanya cara pembelajaran sahaja berbeza berbanding kanak-kanak lain.

datin shahida anak disleksia

 

Advertisement

Untuk rekod, berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia, Disleksia merupakan sejenis masalah pembelajaran khusus yang berlaku pada kanak-kanak.

Kebiasaannya, kanak-kanak Disleksia mempunyai masalah dalam menguasai tugasan sekolah walaupun mereka telah berusaha dengan gigih.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

1 Comment

  1. Anonymous

    July 22, 2020 at 1:03 pm

    Jangan bimbang sebab anak2 disleksia juga boleh berjaya. Some hv reading disorder or identifying speech sound. Anak saya seorang disleksia – motor neuro. Sekarang dia adalah seorang peguam. So never under estimate what they can achieve.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top