Selepas 83 Tahun, Pasar Ikan Tsukiji Tokyo Ditutup

Travel

Selepas 83 Tahun, Pasar Ikan Tsukiji Tokyo Ditutup

Pasar Ikan Tsukiji, satu destinasi percutian paling popular buat pelancong jika berkunjung ke Jepun akhirnya menutup pintunya kepada orang awam.

Terkenal dengan pelbagai makanan laut segar dan aktiviti lelongan ikan tuna pada setiap pagi, dan pada 6 Oktober lalu merupakan lelongan yang terakhir untuk peniaga di situ.

Advertisement

Sumber: KAZUHIRO NOGI/AFP/AFP/Getty Images

Pasar Tsukiji telah menjadi ‘rumah’ kepada beratus-ratus penjual menjual hasil laut segar sejak tahun 1935, dan dianggap sebagai mercu tanda sejarah di Tokyo.

Telah dianggap sebagai pasaran ikan dan makanan laut segar terbesar di dunia, pasar ini terbahagi kepada dua bahagian. Bahagian dalam merupakan kawasan lelongan ikan tuna yang akan bertukar hingar dan bising pada setiap awal pagi  serta menjadi tempat jualan untuk lebih 900 penjual dan pembekal berlesen.

Sumber: Reuters

Manakala bahagian luar pasar pula ialah kawasan untuk pemborong dan peruncit menjual makanan laut, barang dan peralatan dapur, pencuci mulut serta restoran yang menawarkan menu seperti sushi segar, ramen dan soba.

Sumber: Japan Guidance

Pasar tersebut akan berpindah ke bangunan dan kemudahan baru yang dibina di utara Tokyo iaitu di Pasar Ikan Toyosu dan akan beroperasi pada 16 Oktober ini. Pembukaan itu merupakan salah satu perkembangan terbesar di Tokyo pada tahun 2018.

Menurut pelbagai laporan, vendor di situ menjual sekitar lima juta pound makanan laut dari seluruh dunia pada setiap hari di Tsukiji, dengan transaksi kira-kira $28 juta.

Kenapa berpindah?

Sumber: KARYN NISHIMURA-POUPEE/AFP/AFP/Getty Images

Rancangan untuk memindahkan pasar ikan Tsukiji ke Toyosu sebenarnya telah difikirkan selama beberapa dekad tetapi tidak begitu serius sehingga awal tahun 2010.

Alasan utama merupakan struktur bangunan itu sendiri yang telah dibina sejak tahun 1935 selain fakta di mana pasar ikan itu terletak di kawasan aset yang berharga dan berguna untuk Sukan Olimpik 2020 dan selepasnya.

Pasar Toyosu sepatutnya dibuka pada bulan November 2016, tetapi telah ditangguhkan atas pelbagai sebab, termasuk kebimbangan terhadap tanah yang tercemar.

Rata-rata warga Tokyo bimbang perpindahan pasar besar ini dari Tsukiji ke Toyosu akan menghilangkan pemandangan serta tanda-tanda sejarah disitu.

Malah yang lebih ramai bersuara tentang isu ini ialah vendor dan pekerja di Tsukiji itu sendiri. Mereka telah mengadakan protes pada setiap hari sehingga hari penutupannya.

Apa ada di Toyosu?

Untuk ke Toyosu, mudah sahaja! Stesen keretapi bawah tanah terdekat ke pasar ikan Toyosu yang baru adalah Stesen Shijo-mae, yang terletak di Yurikamome Line. Stesen itu sebenarnya menghubungkan terus ke pasar, jadi jangan risau anda tidak akan sesat.

Sumber: STR/AFP/AFP/Getty Images

Kemasukan ke pasar Toyosu adalah percuma untuk semua pelawat, untuk mereka ingin melihat suasana sebenar pasar itu, anda dinasihatkan untuk sampai ke sana sebelum jam 8 pagi kerana aktiviti lelongan tuna tetap akan dijalankan di Toyosu seawal jam 4.30 pagi.

Kesemua bahagian dan kawasan tempat makan terletak di bahagian dalam bangunan dan kebanyakkannya adalah peniaga yang sama dibawa dari Tsukiji. Tedapat lebih kurang 40 gerai makanan untuk pilihan para pelancong.

Pada masa hadapan, terdapat rancangan untuk membina sebuah hotel dan kolam air panas untuk kegunaan para pelancong di pasar tersebut.

Selamat tinggal pasar ikan Tsukiji Tokyo!

Sumber: CNN

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...