Selepas 81 Tahun Di “Hagia Sophia”, Azan Dilaungkan Buat Pertama Kali

Trending

Selepas 81 Tahun Di “Hagia Sophia”, Azan Dilaungkan Buat Pertama Kali

Selepas 81 tahun lamanya, azan dilaungkan dari dalam Hagia Sophia – salah satu monumen yang paling ikonik di Istanbul. RT.com melaporkan, azan itu berkumandang di dalam muzium itu kelmarin.

Advertisement

Sejak empat tahun lepas, azan sudah pun berkumandang dari menara-menara di muzium itu. Tetapi hanya secara ‘virtual’ kerana secara fizikalnya muazzin hanya berada di dalam sebuah bilik solat dan bukannya di dalam Hagia Sophia.

Bulan lalu, Turki telah membenarkan bacaan Al-Quran didalam Hagia Sophia sepanjang bulan Ramadan tahun ini.

AFP melaporkan, setiap hari, saluran televisyen Turki, Diyanet TV akan menyiarkan ulama-ulama Turki membaca Al-Quran di dalam muzium itu pada waktu sahur.

Namun langkah tersebut dibantah oleh pembangkan di negara itu yang menyifatkan ia sebagai mengarut.

Hagia Sophia, yang bermaksud ‘Hikmah Suci’ dalam bahasa Greek, dibina sebagai sebuah gereja Byzantine pada abad ke-6 sebelum ditukar menjadi masjid pada 1453 apabila tentera Ottoman menakluki Istanbul, yang ketika itu dikenali sebagai Constantinople.

Selepas kejatuhan Empayar Ottoman dan setelah Turki dibangunkan sebagai negara moden sekular, masjid tersebut ditukar menjadi sebuah muzium pada 1935.

Pada Mei lalu, ribuan jemaah berhimpun di Hagia Sophia untuk menuntut hak mereka untuk menunaikan solat di sana.

Sumber : Sinar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...