Selepas 8 Tahun Berselisih Faham, Hubungan Hans Isaac & AC Mizal Pulih

Hiburan

Selepas 8 Tahun Berselisih Faham, Hubungan Hans Isaac & AC Mizal Pulih

8 tahun adalah satu jangka masa yang lama. Terkejut juga apabila Abang Nara mengetahui yang Hans Isaac dan AC Mizal telah tidak bertegur sapa selama 8 tahun kerana perselisihan faham. Mereka berdua tidak bertegur sapa selepas Hans memecat AC Mizal selepas pengacara itu melanggar kontrak selama tiga tahun dengan produksi teater tersebut pada tahun 2010. Ketika itu mereka sedang menjayakan teater Cuci The Muzikal.

ac mizal hans isaac

gambar CipotRedz

 

Advertisement

Namun kata orang air ‘time heals everthing’. Selepas 8 tahun, Hans Isaac dan AC Mizal semakin matang dan hubungan mereka berdua kini sudah kembali pulih. Terharu juga Abang Nara melihat gambar mereka berpelukan di atas. Macam adik beradik. Respek jugak kepada Hans Isaac kerana telah membuat langkah pertama menghubungi AC Mizal, memohon maaf dan memperbaiki hubungan persahabatan mereka. Kata Hans:-

Kami tidak pernah berhubung selepas perselisihan faham terjadi iaitu kira-kira lapan tahun lalu yang mana kedua-dua ketika itu tidak matang lagi. Ketika Afdlin datang dengan idea untuk mementaskan teater daripada filem (Baik Punya Cilok) ini saya bertanya pendapat dia dahulu untuk berbaik semula dan mengajak AC bersama kami dalam pementasan ini dan dia sangat menyokong perkara itu.

Sejak dua tahun lalu saya sudah mula berpengang pada prinsip tidak mahu bermusuhan dengan sesiapa tidak kiralah sama ada orang itu suka atau tidak pada saya.

Di atas prinsip ini sudah tiba masanya untuk saya bertemu AC dan kami berbincang. Tambahan Awie dan Afdlin memberi sokongan. Filem ini sudah pun sepuluh tahun dan kami ingin imbau kembali kenangan itu bersama peminat melalui teater

ac mizal

Semoga hubungan persahabatan yang terjalin kembali ini akan kekal buat selama-lamanya. Industri hiburan Malaysia pun bukan besar mana. Pergi balik akan jumpa orang yang sama juga. Tahniah kepada Hans Isaac dan AC Mizal yang menunjukkan contoh yang baik. Kejujuran dalam persahabatan adalah perkara yang amat penting. Sumber Mstar Online.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...