Selepas 8 Minggu Dalam MLM2014, Kumpulan Virus Masih Hambar

Hiburan

Selepas 8 Minggu Dalam MLM2014, Kumpulan Virus Masih Hambar

Pasti peminat kumpulan Virus akan memarahi Abang Nara apabila membaca artikel ini. Namun sebenarnya Abang Nara adalah salah seorang yang menaruh harapan tinggi apabila mengetahui Tauke, Yus dan Zizan akan bergabung di bawah satu kumpulan untuk MLM2014. Membawakan nama Virus, persembahan mereka sentiasa Abang Nara nantikan setiap minggu. Sayangnya, apa yang diharapkan tidak menjadi kenyataan.
virus mlm2014 Minggu pertama dan minggu kedua masih tidak lawak bolehlah diberikan alasan tiada ‘chemistry’. Namun kalau sudah masuk minggu kelapan lawak yang dipaparkan masih hambar, apakah lagi alasan yang boleh digunakan? Tidak dinafikan pada minggu kelapan yang bertemakan ‘artis jemputan’, lawak yang ditampilkan oleh Virus dengan Amyra Rosli lebih baik berbanding minggu-minggu sebelum ini.
virus mlm2014 Namun jika dibandingkan dengan lawak Bocey, Shiro dan Sepahtu, tak melampau dikatakan jika mutu lawak Virus berada satu takuk di bawah kumpulan-kumpulan ini. Kehambaran lawak Virus juga dibuktikan apabila sudah 2 minggu berturut-turut mereka berada di bottom 3. Nasib baiklah minggu lalu tiada penyingkiran. Kalau tak Abang Nara yakin nama kumpulan Virus yang akan disebut.
virus mlm2014 Ada yang berpendapat gabungan Yus, Tauke dan Zizan adalah satu gandingan yang salah. Lebih baik Yus dan Tauke beraksi sebagai kumpulan Jambu. Ini kerana lawak-lawak Jambu dalam Maharaja Lawak Mega sebelum ini ternyata menyengat. Kehadiran Zizan seolah-olah membataskan lawak mereka. Ada betulnya juga pendapat itu. Namun satu jalan penyelesaian haruslah dicari. Nak tak nak kini mereka bertiga bergerak sebagai satu kumpulan.

virus mlm2014

Advertisement

Kalau Abang Nara seorang yang berpendapat lawak Virus masih hambar, bolehlah nak cakap ini adalah satu artikel yang bertujuan menjatuhkan kumpulan ini. Namun ini adalah realiti yang harus ditelah oleh Virus. Hampir 90% komen-komen di laman sosial melahirkan rasa kecewa, sedih dan hampa dengan mutu persembahan Virus setiap minggu. Kami semua sayangkan Virus sebab itulah kami beri komen sebegini. Kalau tak sayang, kami biarkan sahaja Virus hanyut dengan lawak syok sendiri. Tak gitu?

virus mlm2014 Abang Nara memahami yang Zizan, Yus dan Tauke masing-masing sibuk dengan aktiviti sehingga membataskan persediaan untuk MLM2014. Namun jika persembahan yang sama diteruskan, ia pasti akan mengecewakan para peminat. Diharap Virus akan lebih bersedia, banyak buat study, dan kembali membuatkan orang ramai tertawa. Jangan sampai tersingkir kerana peminat sekarang sudah pandai menilai. Populariti sahaja tak guna jika lawak tak menjadi.

virus mlm2014 Sama-samalah kita nantikan persembahan kumpulan Virus minggu ini. Diharap ia akan dapat menggeletek perut Abang Nara. Apa pula pendapat anda?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...