Selepas 77 Tahun Dipasaran, Tiada Lagi Majalah Mastika Selepas Ini

Trending

Selepas 77 Tahun Dipasaran, Tiada Lagi Majalah Mastika Selepas Ini

Mungkin untuk generasi sekarang,  mereka tidak biasa mendengar mengenai Majalah Mastika, tetapi bagi generasi X dan Y, inilah bahan bacaan yang popular dan pilihan untuk dibaca ketika waktu lapang. Siapa saja yang tak pernah baca Mastika kan?

Baru-baru ini, menerusi Facebook rasmi majalah Mastika, mereka telah mengumumkan isu November ini ialah isu terakhir buat mereka setelah mula menemui para pembaca sejak tahun 1941 lagi.

Advertisement

Mastika ialah majalah dalam Bahasa Melayu tertua di Malaysia tetapi mereka terpaksa mengundur diri akibat kemajuan media sosial yang terlalu pantas dan orang ramai kini kurang membeli majalah dalam bentuk hard copy lagi.

 

Majalah Mastika Isu November

Untuk pengetahuan anda, Mastika mula diterbitkan dalam tulisan jawi dan naskah terakhir ditulis pada Januari 1967 sebelum mula bertukar kepada tulisan rumi pada Febuari 1967. Ia merupakan majalah yang memfokuskan kepada kisah misteri, mistik, seram, masyarakat dan pengetahuan am.

Keluaran terakhir dalam tulisan jawi, kredit: @Hfzn9

Isu pertama diterbitkan pada Jun 1941, dan sepanjang penerbitannya, Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemas oleh beberapa orang tokoh seperti  Abdul Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir.

Pernah mengharungi situasi ‘hidup segan mati tak mahu’ dan hampir gulung tikar dek kerana industri penerbitan majalah yang semakin nazak kira-kira lebih 20 tahun lalu, Mastika telah memegang rekod majalah tertua dengan jumlah jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut sejak 2007. Sejak tahun 2003, Mastika diterbitkan oleh syarikat Utusan Karya.

Seperti yang dikatakan, ancaman internet menjadi antara sebab utama bukan sahaja majalah Mastika tetapi banyak lagi majalah yang menjadi mangsa. Kebanyakkannya telah beralih kepada versi digital.

Memetik kata-kata pengarang majalah ini Zulkarnain Zakaria, pada tahun 2016 kepada Bernama, pembaca utama Mastika terdiri daripada kaum wanita dan mungkin kerana sudah meningkat usia, minat pembaca majalah seperti ini semakin berkurang. Mastika juga pernah diterbitkan sebagai rancangan Televisyen dan tetap memfokuskan kisah mistik, misteri dan aneh.

Salah satu kisah yang aneh yang menjadikan majalah ini meletup suatu ketika dulu ialah tentang kisah aneh di Makkah. Kisah yang mengenai seorang jemaah yang dikejar perempuan bogel setiap kali dia melangkah masuk ke Masjidil Haram kerana suka menonton video lucah. Isu itu diterbitkan pada November 1996 dan telah terjual sebanyak 30,000 naskah.

Tahniah kerana berjaya bertahan selama 77 tahun di pasaran dan masti ramai yang akan merindui oleh para pembaca setia mereka. Anda bolehlah dapatkan Mastika edisi terakhir ini sebagai koleksi.

Sumber: the malaysian times & Facebook Mastika

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...