Selepas 66 Tahun, Lelaki Ini Akhirnya Setuju Potong Kuku Guna Mesin ‘Grinder’

Dunia

Selepas 66 Tahun, Lelaki Ini Akhirnya Setuju Potong Kuku Guna Mesin ‘Grinder’

Sejak kecil lagi, kita dididik untuk menjaga kebersihan diri kan, terutama apabila melibatkan kuku. Kalau kotor sedikit, mesti mak-mak akan bising suruh potong. Itu belum lagi bila di spot-check kat sekolah, memang kena tahan lah kalau kuku panjang kan.

Namun lain pula yang berlaku kepada seorang lelaki yang dikatakan telah menyimpan kukunya selama 66 tahun lamanya. Rekod ini juga berjaya menjadikan nya sebagai empunya kuku terpanjang di Guiness World Record tau! Fuh.

Menariknya, baru kali ini dia tekad untuk memotong kukunya. Kalau korang tengok video dibawah, lelaki ini menjalani proses pemotongan menggunakan mesin grinder.

Advertisement

Ini kerana kukunya yang sudah panjang dan keras sehingga membataskan alatan seperti pemotong kuku biasa. Lain macam betul.

Jika diteliti, bentuk kuku lelaki berusia 78 tahun ini sudah keras dan menguning kerana terlalu lama menyimpannya. 

Selain diiktiraf sebagai kuku terpanjang di dunia iaitu 900cm, lelaki ini juga ada menyimpan niat untuk pamerkan potongan kuku itu di muzium.

Rata-rata netizen mempersoalkan rutin harian lelaki itu kerana tampaknya, aktiviti beliau cukup terbatas kan? Pelik tapi benar.

SUMBER 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...