Selepas 50 Tahun Beroperasi, Berjaya Tioman Resort Kini Ditutup Sepenuhnya

COVID-19

Selepas 50 Tahun Beroperasi, Berjaya Tioman Resort Kini Ditutup Sepenuhnya

Berjaya Tioman Resort akan menghentikan operasi sepenuhnya selepas lebih 50 tahun di dibuka, bermula 15 Jun ini akibat krisis COVID-19 yang teruk melanda dunia.

Pengurusan kanannya dalam satu kenyataan berkata, semua kakitangan di resort itu akan diberhentikan dan mereka akan diberi pampasan sewajarnya yang bernilai lingkungan RM8 juta.

Advertisement

“Sepanjang penutupan ini, pihak pengurusan akan menjalankan pembangunan semula yang amat diperlukan untuk menghidupkan semula resort ini, yang berusia lebih 50 tahun.”

Pihak pengurusan akan mempertimbangkan untuk menawarkan semula peluang pekerjaan baharu kepada semua pekerja yang terjejas, selepas selesai kerja pembangunan semula dibuat.

“Kami mengucapkan terima kasih di atas kesungguhan mereka untuk terus bersama dengan kami ketika susah dan senang.”

Berjaya Tioman Resort merupakan sebahagian daripada destinasi percutian popular yang dimiliki oleh Berjaya Land Bhd. Berjaya Land turut mempunyai resort lain di Langkawi, Pulau Redang, Bukit Tinggi, serta beberapa hotel di Asia dan Eropah.

Jumlah fasiliti yang dikendalikan mereka adalah sebanyak 13 hotel dan resort di seluruh dunia.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...