Selepas 42 Hari Hilang Tanpa Sebarang Berita, Penemuan Rangka Di Lebuh Raya Menjawab Segala Misteri

Trending

Selepas 42 Hari Hilang Tanpa Sebarang Berita, Penemuan Rangka Di Lebuh Raya Menjawab Segala Misteri

Misteri kehilangan seorang pemuda selama 42 hari akhirnya terjawab apabila polis menemui mayat mangsa di dalam longkang di Kilometer 281.8 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara, berhampiran Nilai. Menerusi perkongsian kakak mangsa, kali terakhir mereka bertemu dengan mangsa adalah pada 13 Mac yang lalu.

Mangsa dikatakan telah meminta izin dari ibu bapanya untuk ke Tangkak, Johor untuk bertemu keluarga rakannya. Tetapi selepas itu, tiada khabar berita yang diterima oleh ahli keluarga. Malah, pihak keluarga juga gagal menghubungi mangsa sebelum membuat keputusan untuk melaporkan kepada pihak polis.

Advertisement

42 hari hilang

lebuh raya

Gambar hiasan

Kami lima beradik, dia paling bongsu. Dia tak ramai kawan. Dari sekolah rendah ke sekolah menengah sampai belajar pun tetap tak ramai kawan. Dia bukan seorang yang kaki lepak, kaki rempit atau sosial. Bukan dia orangnya.

Kali terakhir melihat kelibatnya pada 13 Mac 2020 lebih kurang jam 8.30 malam. Arwah minta izin kat ayah ibu nak ke kampung kawan sekerja di Tangkak. Ayah dan ibu dengan izin melepaskan arwah pergi. Dua hari kemudian ibu telefon tapi tak di jawabnya. Ibu bersangka dia baik-baik saja.

Pada Isnin 16 Mac 2020. Pagi, ibu telefon Ijam (sepupu) yang sama tempat kerja, sebab nak tau keadaan arwah, pastinya arwah tak datang kerja. Kebiasaannya walau macam mana lambat dia tetap balik rumah. Bila dah telefon kawan sekerja yang berasal dari Tangkak tu rupanya mereka tak jadi ke Tangkak malam tu.

Selidik punya selidik rupanya arwah ke Ampang seorang diri. Kawan dia di Ampang adalah orang terakhir yang jumpa dengan arwah. Lebih kurang jam tiga lebih pagi arwah gerak dari Ampang untuk balik ke Melaka mengikut kata kawan arwah di Ampang.

Aduan polis telah di buat sehari sebelum PKP. Usaha kami untuk mencari arwah pada mulanya di Hospital Ampang kerana waktu berita kehilangan arwah ditular, ramai yang mesej, telefon untuk bagitahu penemuan yang arwah kemalangan. Aida (kakak arwah) keluar masuk turun naik Hospital Ampang dan Hospital Seremban untuk buat pengecaman mangsa kemalangan tanpa indentiti tapi tetap tak jumpa.

Aida dalam perjalanan balik sepanjang perjalanan memang memandu kereta dengan sangat perlahan sambil memerhatikan di bahu jalan kalau-kalau terjumpa bangkai motor, yang pastinya memang tak jumpa apa-apa.

Mayat tinggal rangka

lebuh rayaPihak polis menerima panggilan sekitar jam 12 tengahari semalam oleh orang awam memaklumkan menemui satu mayat yang telah reput. Sebaik tiba di tempat kejadian, polis menemui satu mayat disyaki lelaki yang tinggal rangka, lengkap berpakaian kemeja-T dan seluar panjang warna hitam selain mayat juga masih memakai topi keledar.

Mayat mangsa ditemui dalam keadaan terlentang di dalam longkang yang terletak di tengah-tengah lebuhraya PLUS utara-selatan yang berkeluasan lebar lebih kurang 2 kaki dan kedalaman 2 kaki setengah.

Walaupun ditemui di lebuh raya, tiada kenderaan ditemui berhampiran dengan tempat kejadian yang boleh dikaitkan dengan mangsa dan hasil siasatan pasukan forensik di tempat kejadian tidak menemui sebarang senjata.

Malah, pemeriksaan dibuat ke atas beg pinggang yang dipakai oleh mangsa telah menemui satu kad pengenalan dan lesen memandu serta wang tunai lebih kurang RM150 dipercayai milik mangsa. Hasil siasatan tiada sebarang senjata ditemui di lokasi kejadian dan kejadian ini tiada unsur jenayah serta mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...