Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn, menggelar negaranya sebagai ‘tanah berkompromi’ dalam sebuah kenyataan yang jarang sekali dilontarkan olehnya.
Ia berlaku selepas penunjuk perasaan mengadakan bantahan selama berbulan-bulan untuk menuntut reformasi terhadap institusi diraja berkenaan.
Namun apa yang mengejutkan adalah apabila Monarki itu mengisytiharkan perasaan ‘kasih sayang’ kepada seluruh rakyat jelatanya.
Hal ini demikian kerana, pemerintah berusia 68 tahun itu amat jarang sekali memberi kenyataan kepada media berikutan protokol yang menetapkan formaliti dengan keluarga diraja.
Rentetan kejadian, menerusi kepercayaan tradisi rakyat Thailand, mereka dilarang bercakap atau mempersoalkan monarki itu kerana pemerintah itu dilindungi undang-undang daripada sebarang kritikan.
Bagaimanapun, institusi diraja itu kini berdepan cabaran peningkatan gerakan prodemokrasi yang menuntut reformasi ke atas monarki berkenaan dan pemansuhan undang-undang terbabit.
Beberapa hari lalu, kecoh di seluruh pelusuk media sosial apabila ribuan rakyat menzahirkan ketaatan kepada Raja dengan menyarung baju berwarna kuning dan berkeliaran berhampiran Istana Besar sambil memegang potret Raja Maha Vajiralongkorn serta Permaisuri Suthida.
Namun apa yang menarik perhatian netizen adalah cara Raja itu menjawab pertanyaan seorang pemberita yang bertindak mengajukan soalan kepada baginda mengenai bantahan yang diadakan oleh penunjuk perasaan. Lantas, Raja itu dilihat menjawab pertanyaan tersebut berulang kali.
“Kami sayangkan mereka semua sama seperti yang lain,”
Untuk rekod, Raja yang kaya-raya itu memiliki sokongan pihak tentera dan kumpulan bilionair. Baginda juga sebelum ini khabarnya menghabiskan masa lama di Jerman namun kembali ke Thailand sejak beberapa minggu lalu.