Selepas 3 Jam Dicari, Individu Sebar Fitnah Mengenai Neelofa Dan PU Riz Serah Diri

Hiburan

Selepas 3 Jam Dicari, Individu Sebar Fitnah Mengenai Neelofa Dan PU Riz Serah Diri

Ingat tak individu yang menyebarkan gosip liar mengenai PU Riz dan Neelofa? Antara tuduhannya ialah bahawa usahawan wanita itu terkena buatan minyak pengasih selain memasukkan duit ratusan ribu kepada tunangnya. Malah mereka dikatakan telah bernikah di Kelantan dan diwalikan sendiri oleh ayah Neelofa.

Selepas berita itu berterbangan di serata media sosial, pembantu peribadi (PA) Neelofa iaitu Nadiah Khairuddin telah memulakan misi bagi menjejak individu yang mula-mula menyebarkan berita tidak sahih tersebut.

Advertisement

kenyataan neelofa

Terbaru, Nadiah memaklumkan bahawa dia sudah pun dapat berhubung dengan individu yang dipercayai memuat naik paparan skrin WhatsApp yang mengandungi perbualan mengenai hubungan Neelofa dan PU Riz. Malah wanita yang dikenali sebagai Syamira itu sudah pun diserahkan kepada wakil peguam pihak mereka untuk tindakan susulan.

“Selepas saya memuat naik wajah serta memintanya untuk tampil, akhirnya wanita itu menghubungi saya secara peribadi di media sosial selepas tiga jam ia dimuat naik. Sebagai pembantu kepada Neelofa, saya sudah meminta dia untuk berurusan dengan wakil peguam saya. Ini kerana, menerusi paparan skrin terbabit dia secara tidak langsung sudah mengaitkan nama saya.”

Syamira Safiya

Ulas Nadiah lagi, dia langsung tidak mengenali wanita berkenaan malah tidak pernah bertemu dengannya. Bahkan yang penting bagi PA Neelofa ini ialah membersihkan namanya yang terpalit sekali dek kontroversi hubungan majikannya dan PU Riz.

“Kami tidak ada apa-apa kaitan. Dia bukan saudara atau kawan saya. Cuma apa yang penting, saya hanya mahu membersihkan nama daripada terpalit dengan konflik membabitkan majikan dan PU Riz.”

Kenapalah sebar benda yang tak betul macam ini?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...