Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Selepas 3 Hari, BoboiBoy: The Movie Kutip RM3.2 Juta

Hebat. Awesome. Bangga. Terharu. Baru sahaja mula ditayangkan Khamis lepas, filem BoboiBoy: The Movie telah pun berjaya mendapat kutipan sebanyak RM3.2 juta untuk tempoh 3 hari. Hari itu Abang Nara ada juga nak  cuba tempah ikut Internet, sekali tue semua full house. Fuh!!! Memang hebat penangan BoboiBoy. Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembikinan filem animasi ini.
boboiboy the movieKawan-kawan Abang Nara ramai yang sudah pergi menonton filem ini. Semuanya bagi 10 bintang. Best sangat-sangat kata mereka. Kualiti animasi macam Hollywood. Minggu ini Abang Nara akan pastikan diri ini pergi menonton filem BoboiBoy: The Movie. Semua orang dah cakap best. Rugi kalau tak tengok kan?

Advertisement

Abang Nara yakin ramai pembaca BeautifulNara yang sudah pun menonton filem animasi ini. Diharap dapat memberikan pendapat anda di ruangan komen. Berdasarkan kutipan semasa, ada harapan filem BoboiBoy: The Movie ini mencecah kutipan RM20 juta. Sama-sama kita nantikan.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top