Bekas personaliti TV3, Sharifah Shawati mendedahkan dia sudah berpisah dengan suaminya iaitu Datuk Wan Zullkefle Wan Ibrahim sejak dua tahun lalu selepas 28 tahun mendirikan rumah tangga.
Shawati atau nama sebenar Sharifah Shawati Syed Mohd berkata, dia berkongsi kisah itu berikutan bekas suaminya sudah berkahwin semula dan dikhuatiri boleh mengundang salah faham umum yang mungkin menganggap mereka masih suami-isteri.
Menurut Shawati, 51, mereka memilih untuk tidak mewar-warkannya perkara tersebut bagi melindungi privasi keluarga dan kesejahteraan anak-anak.
Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah bercerai secara sah dua tahun lalu dan ia berlaku secara aman.
Tambahnya lagi, dia memaklumkan perkara tersebut sekarang bagi mengelakkan daripada penularan sebarang gosip, kesalahanggapan atau spekulasi yang tidak perlu yang boleh menimbulkan keraguan dan prasangka dan boleh menggangu ketenteraman keluarga kedua-dua belah pihak.
Alhamdulillah saya gembira dan bersyukur dengan kehidupan saya sekarang dan sibuk dengan kerjaya dan tugas.
Disamping itu, Shawati menjelaskan perpisahan tersebut berlaku secara aman dan tiada sebarang konflik terjadi antara dia dengan bekas suaminya itu. Dia sebaliknya lebih mementingkan tanggungjawab terhadap anak-anak mereka selain perkembangan kerjayanya.
anonymous
December 5, 2021 at 5:25 pm
sapo ni
Anonymous
December 2, 2021 at 8:01 am
Nabi Muhammad SAW bersabda:
“Barangsiapa yang merasa bangga dengan perbuatan dosanya maka Allah SWT akan melemparkannya ke dalam neraka dalam keadaan ketakutan. Dan barangsiapa yang bersedih terhadap ketaatan yang dilakukannya maka Allah akan memasukannya ke dalam surga dalam keadaan bahagia.”
Saja nk bg tau Lofa & PU. Buat salah mengaku dan byr kompaun spt org lain. Bkn rasa angkuh dan takbur siap nk lawan. Pstu bila rasa2 xleh menang, cover laa dgn cara ni. Drpd malu disabitkan bersalah, baik undur diri awal2.
Anonymous
December 2, 2021 at 7:49 am
kenape nk kene cite skang.. diam2 suda. x penting pn
Anonymous
December 2, 2021 at 8:02 am
dia citer sbb ex husb dah kawen baru. so org lain tertanya2 dia bermadu ke? so dia jwb laa.. dh cerai 2thn