Pada tahun 2013, Zarina Zainuddin pernah bercerita mengenai kebahagiaan dirinya yang menjadi isteri kedua kepada seorang ahli perniagaan. Kalau tak silap Abang Nara, sudah 21 tahun pelakon hebat ini berkongsi kasih dan identiti suami serta madunya tidak pernah didedahkan kepada media. Namun pada 31 Disember ini, Zarina Zainuddin bakal mengumumkan identiti kedua-dua insan penting di dalam hidupnya itu.
Telah pun berusia 44 tahun, tarikh 31 Disember dipilih sempena majlis tahlil 100 hari sempena pemergian datuknya. Selepas majlis tersebut, satu sidang media akan diadakan oleh Zarina untuk mengumumkan identiti suami dan madunya. Kemudian pada keesokan harinya, Zarina akan mengadakan majlis sambutan ulangtahun perkahwinannya. Pada hari tersebut, Zarina, suami dan madunya akan bersanding sekali lagi untuk menyambut ulangtahun perkahwinan mereka yang ke 31 (untuk madu) dan ke 21 (untuk Zarina).
Semoga dengan pengumuman ini, segala persoalan yang bermain di minda para peminat Zarina Zainuddin akan terjawab. Tak sabar sebenarnya Abang Nara nak tahu identiti suami dan madu Zarina. Untuk makluman, pengumuman yang bakal dibuat ini adalah keputusan yang diambil bersama oleh mereka bertiga. Jadi jangan nak buat cerita bukan-bukan ye. Apa pun, semoga Zarina, madu dan suami terus mengecapi kebahagiaan seperti selama ini sehingga ke akhir hayat. Sama-samalah kita doakan.
P.S: Sebar fitnah banjir, SKMM minta individu-individu ini tampil bantu siasatan