Selepas 21 Tahun Bersiaran Di RTM, Gerak Khas The Finale Bakal Ditayangkan Di TV3

Hiburan

Selepas 21 Tahun Bersiaran Di RTM, Gerak Khas The Finale Bakal Ditayangkan Di TV3

Umum mengetahui, drama siri popular Gerak Khas merupakan drama televisyen kepolisan terbitan Skop Production dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia.

Gerak khas the finale tv3

Advertisement

Drama yang mula bersiaran di Radio Televisyen Malaysia (RTM) sejak 5 April 1999 kini khabarnya tampil baharu dalam siri akhir kali ini.

Drama yang memaparkan pelbagai kisah dan kes jenayah seperti penculikan, penyeludupan, pembunuhan, rompakan, dadah dan sebagainya itu sehingga kini masih menjadi ikutan para pencinta drama tempatan.

Gerak khas the finale tv3

Bahkan, drama ini juga sering menjadi bualan para penonton sejak dahulu lagi sehingga ia telah diangkat menjadi siri televisye pilihan utama rakyat Malaysia.

Barisan pelakon asal yang pernah membintangi siri Gerak Khas ini adalah Datuk Yusof Haslam, A. Galak, Farid Amirul, Deen Maidin, AC Mizal dan Abby Abadi. Kini ia turut dibintangi oleh Norman Hakim, C. Kumaresan, Salina Saibi, Zul Ariffin, Sheera Iskandar, Erra Fazira dan ramai lagi.

Gerak khas the finale tv3

Bukan itu sahaja, selain disajikan dengan karya berbentuk drama, Gerak Khas juga pernah diadaptasi dalam bentuk filem pada tahun 2001, 2002 dan 2005.

Bagaimanapun, setelah lebih 21 tahun bersiaran di RTM, Gerak Khas The Finale kini difahamkan akan mula ditayangkan di siaran TV3 bermula 4 Disember 2020.

Untuk rekod, siri Gerak Khas telah mendapat pengiktirafan oleh The Malaysia Book of Records sebagai “Siri Drama Yang Paling Lama Bersiaran” pada tahun 2009.

Sumber: Lagenda Press

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...