Selepas 20 Tahun Berlalu, Anne Hathaway Sahkan Bakal Bintangi Filem The Princess Diaries 3

Dunia

Selepas 20 Tahun Berlalu, Anne Hathaway Sahkan Bakal Bintangi Filem The Princess Diaries 3

Yang dinanti-nantikan buat peminat filem romantic comedy tahun 2000, terbaru, pelakon antarabangsa yang dikenali ramai iaitu Anne Hathaway memaklumkan bahawa dirinya akan membintangi sekuel filem The Princess Diaries 3 tidak lama.

Sewaktu khabar angin mengenai hal tersebut kecoh di platform media sosial, Anne telah memuat naik satu video di Instagram mengesahkan berita terbabit.

Advertisement

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Anne Hathaway (@annehathaway)


Dalam video yang dimuat naik, Anne telah mengira satu hingga tiga dengan jari tetapi pada kiraan ketiga, aktres tersebut menyebut ‘shut up’ lalu memberi ciuman ke arah kamera.

Perkataan ‘shut up’ itu merupakan dialog popular yang dilontarkan oleh Anne di dalam filem tersebut dan di ruangan kapsyen video yang dimuat naik itu, Anne memaklumkan dirinya akan kembali ke Genovia.

Sekadar info, Anne membintangi filem The Princess Diaries 1 pada tahun 2001 dan The Princess Diaries 2: Royal Engagement pada tahun 2004.

P diddy 1000 botol minyak bayi
1 week ago

1,000 Botol Minyak Bayi Dirampas Di Kediaman Sean P. Diddy, Nama Justin Bieber Turut Terpalit Sama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...