August 13th, 2020

Berkongsi berita gembira apabila proses pembedahan bariatric atau ‘ikat’ perut mula menunjukkan perkembangan positif, pelakon Abby Abadi mendedahkan berat badannya sudah menurun selepas dua minggu melalui proses pembedahan tersebut.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

Ujarnya, beliau kini dilihat makin yakin untuk bergambar memandangkan bentuk badannya kini lebih kecil berbanding dahulu.

View this post on Instagram

@dr.mustafamt haaiii 🙋🏻‍♀️🙆🏻‍♀️ Puan Sri @rafeahariffin hello hihi 🙊 Salam Dari Dataran Pahlawan Melaka 😍 . Walaupun dah 2minggu, baru turun 5kg Dr, Puan Sri.. tp nak posing jugak sbb badan rasa kurang lemak2 degil dah haha.. Nak cerita juga yg baju ni beli kat Singapore masa sibuk event was end of last year/early this year.. tp masa tu beli tak try, balik KL.. bila nk pakai nk gi jalan, takleh butang 🙊😝😂 skrg dah bulehhh dahh.. yeeeha Jeans tupun sama.. beli tak try, main agak2.. harini baru buleh pakai..Aauuummmmm 😍 . "Bariatric Surgery" memang bantu menceriakan hari2 Sy Dr/Puan Sri.. Semoga yg diluar sana, yg berat atas 80, 100kg terutamanya dgn berbagai2 penyakit.. buatlah.. usahakan. Terus DM Dr Mustafa atau isterinya Puan Sri Rafeah bincang dulu. Pasti ada jalannya . Follow tau IG Dr. Pastu teruja.. 🥰 . Okbai nk sambung jalan lagi di Melaka ni.. 🥰

A post shared by Mencari redha ALLAH (@abby_abadi112) on

“Walaupun dah dua minggu, baru turun 5 kilogram, tapi nak posing juga sebab badan rasa kurang lemak-lemak degil. Pembedahan bariatric memang bantu menceriakan hari-hari saya.

Abby bagaimanapun sempat menyeru orang ramai untuk menjalani rawatan tersebut. Hal ini kerana, kesan positif jelas kelihatan terhadap dirinya.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

“Semoga yang diluar sana yang berat atas 80kg, 100kg terutamanya dengan berbagai-bagai penyakit, buatlah, usahakan.”

Lebih menarik, Abby juga dikhabarkan mula memuat naik gambar terkini dirinya memakai baju-baju lama.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

“Sekarang dah boleh dah. Jeans tu pun sama, beli tak cubam, maing agak-ahak, hari ini baru boleh pakai,” katanya yang gembira dengan perkembangan positif selepas melakukan pembedahan tersebut.”

Terdahulu, Abby tidak segan memaklumkan bahawa dirinya terpaksa melakukan pembedahan ikat perut demi mengelakkan masalah berat badan yang semakin sukar dikawal apabila sudah mencecah 92kg.

Selepas 2 Minggu Jalani Pembedahan 'Ikat' Perut, Abby Abadi Akui Turun 5 Kg

Malah, Abby sebelum ini juga pernah meluahkan hasratnya untuk menurunkan berat badan selepas suami memintanya untuk menjaga kesihatan.

Sumber: Gempak


Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...