Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3

Hiburan

Selepas 16 Tahun, Aidid Marcello Tinggalkan TV3

16 tahun adalah satu tempoh yang lama. Selama itu jugalah Aidid Marcello telah menaburkan bakti, memerah keringat dan bekerja bersungguh-sungguh di bawah naungan TV3. Bermula sebagai pengacara pada tahun 1998, Aidil melepaskan jawatan terakhirnya di TV3 sebagai Penerbit Eksekutif Pemasaran Kreatif Dan Komunikasi Saluran TV Media Prima Berhad.

aidid marcelo tinggalkan tv3

Advertisement

Pengacara kacak ini bukannya berhenti terus daripada bidang penerbitan dan pengacaraan, sebaliknya akan memberi fokus sepenuhnya kepada syarikat miliknya. Kata Aidid menerusi MediaHiburan:-

Pengunduran diri saya disebabkan dengan perubahan masa, faktor umur dan kehidupan bekeluarga saya kini yang sudah memiliki empat orang anak. Dengan pengalaman yang ada, sudah tiba masanya saya bergerak sendiri dengan menerbitkan program-program TV.

Melalui syarikat saya iaitu Mineques Productions Sdn Bhd ada beberapa projek kecil yang sudah saya terbitkan sebelum ini. Memandangkan ketika itu masih terikat dengan TV3, jadi masa saya itu terhad. Dan bila sudah bebas, saya akan lebih aktif.

Jujurnya, saya ada minat lain dari penyiaran. Bukan sebab duit atau gaji, tapi lebih kepada hendak majukan kehidupan dan kerjaya. Tidak ada istilah penat makan gaji, sebaliknya saya perlukan keyakinan untuk mencari pendapatan sendiri selepas ini.

aidid marcelo tinggalkan tv3

Pada pendapat Abang Nara, langkah Aidid untuk berhenti dan memberi fokus kepada syarikat miliknya sendiri adalah satu langkah yang bijak. Takkanlah nak makan gaji sampai tua kan? Semoga Aidid berjaya mengikuti segala perancangannya. All the best dan good luck.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...