Selepas 10 Tahun, Britain Akhirnya Kesan Petunjuk Penting Kehilangan MH370 Di Australia Barat?

Berita

Selepas 10 Tahun, Britain Akhirnya Kesan Petunjuk Penting Kehilangan MH370 Di Australia Barat?

Selepas sedekad hilang dari radar, penyelidik di Britain dikatakan telah mengesan petunjuk penting bagi misteri kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang di Lautan Hindi.

Difahamkan dari sebuah portal, isyarat penting itu telah dikesan di Cape Leeuwin, Australia Barat, melalui salah satu daripada dua stesen hidrofon yang berada dalam lingkungan penerimaan isyarat masa perjalanan dari hubungan terakhir dengan radar pesawat.

Advertisement

mangsa mh370

Punca insiden pesawat MH370 dipercayai akibat kehabisan minyak, lalu terhempas ke dalam lautan sewaktu melencong dari perjalanan asal dari Kuala Lumpur ke Beijing, di mana seramai 239 penumpang dan anak kapal berada dalam pesawat terbabit.

Biarpun misi pencarian pesawat tersebut dilakukan sekitar lebih 119,140 kilometer, hanya 18 serpihan pesawat saja yang dijumpai di pelbagai lokasi.

mangsa mh370

Sekadar info, Menteri Pengangkutan Malaysia, Anthony Loke memaklumkan pada bulan lalu bahawa kertas cadangan firma penerokaan dasar laut, Ocean City untuk meneruskan pencarian MH370 di Kabinet pada bulan Ogos.

chia
2 years ago

"200 Lebih Tak Ramai Mana Pun" - Jocelyn Chia Ketawakan Bilangan Mangsa MH370 Yang Terkorban?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Portal

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...