“Selepas 10 Bulan, Semalam Baru Dia Hubungi..” – Terlalu Rindukan Hafidz Roshdi, Shuhada Dedah Anak Minta Beli ‘Robot’ Jadi Bapa

Hiburan

“Selepas 10 Bulan, Semalam Baru Dia Hubungi..” – Terlalu Rindukan Hafidz Roshdi, Shuhada Dedah Anak Minta Beli ‘Robot’ Jadi Bapa

Nurul Shuhada iaitu bekas isteri kepada pelakon, Hafidz Roshdi berkongsikan kisah sedih mengenai anak lelaki, Umar yang terlalu rindukan bapanya.

Tumpang kasih bapa saudara

Kata Shuhada, Umar pernah meminta izin untuk menumpang kasih kepada bapa saudaranya kerana teringin merasa kasih sayang seorang bapa.

Advertisement

Humairah sudah tidak kisah (tentang Hafidz), Umar pula sebab dia kecil lagi dan tidak rasa (kasih sayang seorang bapa). Jadi dia teringinlah.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by shu as it SHU ! (@shushukriii)

Pernah minta beli bapa ‘robot’

Dalam pada itu, Shuhada atau mesra dipanggil sebagai Shu turut memberitahu Umar pernah memintanya untuk membelikan robot di dalam Shopee untuk dijadikan sebagai ‘bapa’.

Selepas 10 bulan, hari ini ada kes, baru malam semalam (Isnin) dia hubungi berkenaan anak-anak. Mereka buat panggilan video.

Bercerita mengenai prosiding mahkamah, Shu akui berasa terkilan terhadap bekas suami yang tidak menghadirkan diri ke mahkamah untuk memberi kerjasama.

Berilah kerjasama sebab dia yang failkan tuntutan ini. Jangan usaha ini sekerat jalan sahaja.

Sekadar info, Hafidz Roshdi dan Shuhada mendirikan rumah tangga bersama pada tahun 2016 tetapi sah bercerai talak satu pada tahun lalu di Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam 27, Julai tahun lalu.

Shuhada
11 months ago

Shuhada Dedah Hafidz Dah 6 Bulan Tak Jumpa Anak - "Harap Kes Mahkamah Selesai Cepat, Duit Nak Pakai Untuk Sekolah Anak"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...