Selena Gomez Patuhi Nasihat, Tampil Sopan Di Malaysia

Trending

Selena Gomez Patuhi Nasihat, Tampil Sopan Di Malaysia

Dengan protes terhadap imej seksinya dan doa supaya persembahannya dibatalkan menjelang konsert Jelajah Revival Malaysia, Selena Gomez dan penganjur konsert mengambil langkah berhati-hati bagi mengekalkan keamanan dan artis seksi itu dipastikan berpakaian sopan.

Advertisement

Tweet Selena Gomez di News@SelenaHQ di Twitter berkata:”Pakaian baharu bagi menghormati budaya dan agama di Malaysia!”

Bersama tweet itu ialah gambar Selena dikelilingi kumpulan penarinya, dengan setiap daripada mereka berpakaian sopan berwarna hitam. Selena sendiri memakai baju lengan panjang warna hitam dan seluar berpotongan longgar, juga berona hitam.

Satu lagi tweet menulis: “VIDEO: Selena mengeluarkan visualnya yang ‘terlalu seksual’ menunjukkan dirinya berpakaian terlalu terdedah, bagi pertunjukan malam ini!”

Bersyukur kerana Selena menunjukkan rasa hormatnya terhadap rakyat Malaysia, seorang pengguna Twitter, Fizzy menulis:”Seorang permaisuri yang menghormati budaya dan negara seperti apa mereka mahukan. Seorang legenda.”

Selain baju dan seluar hitam itu, pakaian Selena yang lain juga lebih sederhana dan menutup aurat, berbanding apa yang pernah dipakai penyanyi itu sebelum ini. Satu tweet berkata:”Pakaian baharu untuk tunjuk hormat”, Selena dilihat mengenakan baju hitam tanpa lengan dengan seluar ketat serta kemeja T berkotak-kotak merah hitam diikat di pinggangnya.

Dalam persembahan untuk lagu “Kill Em With Kindness”, Selena berpakaian hitam sekali lagi dengan jaket besar berwarna perak.

Dua tweet terakhir selepas konsert itu menulis: Selena patuh kepada majlis perbandaran dan menutup dirinya! Tidak perlu protes.”

“Kami harap semua orang selamat selepas selesai persembahan! Ada ramai polis di luar dan kami harap semua peserta protes kekal bertenang/pergi.”

Seminggu sebelum konsert Selena, Pemuda PAS menyuarakan bantahan mereka terhadap artis itu membuat persembahan di Malaysia kerana bimbang imej seksi dan persembahannya akan mencemarkan kemuliaan bulan Syawal.

Exco Hal Ehwal Islam Selangor Ahmad Yunus Hairi, daripada PAS sementara itu mengarahkan semua masjid di Selangor menganjurkan solat hajat supaya konsert Selena dibatalkan.

Pada Ahad, Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata tidak elok orang Islam menghadiri konsert Selena kerana ia akan menyebabkan mereka mengabaikan tanggungjawab sebagai Islam.

Bagaimanapun, Ketua Polis Shah Alam ACP Shafien Mamat mengesahkan pada 20 Julai, Majlis Bandar raya Shah Alam meluluskan permohonan penganjur untuk mengadakan konser itu dan ia akan berlangsung seperti dirancang.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...