Beberapa hari ini, kecoh di media sosial apabila seorang penyanyi dan pelakon terkenal ditahan oleh pihak berkuasa selepas didakwa telah mencabul seorang remaja perempuan yang berusia 17 tahun secara fizikal di sebuah hotel di Selangor.
Walaupun belum ada pendedahan secara rasmi daripada pihak berkuasa, orang ramai mula berteka teki mengenai identiti penyanyi dan pelakon tersebut dan ada juga yang mula ‘menyerang’ akaun media sosialnya.

gambar hiasan
Menerusi satu program hiburan iaitu Melodi TV3, Xtra memuat naik satu video di mana pengacaranya iaitu Fikry Ibrahim dilihat berseloroh dan bertanya kepada Sissy Imann sama ada benar penyanyi popular yang disebut-sebut itu adalah kawan baiknya.
Tidak menafikan namun tidak juga mengiyakan, Sissy Imann hanya memilih untuk tidak menjawab soalan yang diajukan kepadanya itu.
Sebelum ini, nama Sissy Imann hangat diperkatakan kerana orang ramai mendakwa penyanyi tersebut merupakan rakan baiknya.
Seorang selebriti lelaki ditahan polis pada Rabu lalu selepas didakwa terlibat dalam kes amang seksual terhadap seorang remaja di sebuah hotel di Selangor.
Menurut laporan, mangsa mendakwa perkenalan mereka bermula ketika dia bekerja di sebuah kafe , sebelum insiden mengejutkan itu berlaku.