Selebriti Pun ‘Terciduk’, Dikejar ‘Debt Collector’ Gara-Gara Tak Bayar PayLater

Kehidupan

Selebriti Pun ‘Terciduk’, Dikejar ‘Debt Collector’ Gara-Gara Tak Bayar PayLater

Pelakon popular Indonesia, Nana Mirdad, tampil berkongsi pengalaman peribadi yang kurang menyenangkan apabila terjebak menggunakan perkhidmatan beli sekarang, bayar kemudian (BNPL) atau PayLater.

Menerusi hantaran di Instagram Story miliknya, Nana mendedahkan bahawa penggunaan PayLater bukan sahaja menjejaskan emosinya kerana gangguan daripada pemungut hutang, malah turut memberi kesan kepada skor kreditnya di Bank Indonesia.

Advertisement

buy now pay later jerat hutang, selebriti kena kejar pengutip hutang

Saya baru tahu, semua transaksi dan penggunaan PayLater direkod oleh SLIK (Sistem Layanan Informasi Kewangan) Bank Indonesia, dan boleh menjejaskan skor kredit kita.

Nana mengakui terkejut apabila mendapati setiap rekod penggunaan perkhidmatan itu  walaupun digunakan hanya beberapa kali direkodkan dalam sistem kewangan negara dan boleh mempengaruhi kelayakan seseorang untuk memohon pinjaman di masa depan.

Saya gunakan PayLater hanya beberapa kali, tapi semuanya ada tercatat. Bila nak buat pinjaman besar, rekod ni boleh jadi pertimbangan bank.

Apa yang lebih mengejutkan, katanya, ialah tindakan agresif pihak pemungut hutang yang menggunakan WhatsApp untuk mendesak bayaran, walaupun jumlah tunggakan tidaklah besar.

Bukan tertunggak sampai banyak sangat pun. Tapi kali ini sampai mereka ganggu di WhatsApp… Baru saya tahu daripada anda semua rupanya ini memang bentuk pinjaman dalam talian yang sah, dan bahayanya apabila ia sah, mereka ada akses penuh untuk rosakkan rekod kredit kita di Bank Indonesia.

Nana menyamakan tindakan pihak pemungut hutang itu dengan sikap samseng, dan menyatakan kekesalannya terhadap cara mereka berurusan.

penghutang paylater

Sejak berkongsi kisahnya, ramai pengguna media sosial tampil menghantar mesej langsung (DM) kepada beliau, mengakui mengalami pengalaman serupa.

Nana menyeru orang ramai agar lebih berhati-hati sebelum menggunakan perkhidmatan PayLater, terutama bagi yang merancang membuat pinjaman besar seperti pembelian rumah atau kenderaan di masa akan datang.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

sofyank cipta sejarah berkolaborasi dengan tom cruise di Jepun
20 mins ago

"Rezeki Tom Cruise Dapat Jumpa Sofyank" - 'Influencer' VFX Cetus Sejarah, Kolaborasi Bersama Artis Hollywood

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...