Remaja perempuan yang berusia 17 tahun yang menjadi mangsa amang seksual selebriti lelaki mendakwa sudah berkenalan dengan suspek sejak tiga bulan lalu.
Memetik laporan Harian Metro, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian cabul itu daripada ibu mangsa pada Isnin lalu.
Menurutnya, mangsa dikatakan berkenalan dengan suspek di sebuah kafe tempat remaja itu bekerja di Kuala Lumpur.

gambar hiasan
Suspek dikatakan mengajak mangsa berjumpa di sebuah hotel di Petaling Jaya dan melakukan amang seksual fizikal kepada mangsa.
Susulan itu, suspek ditahan pada 2.54 petang, semalam bagi membantu siasatan kes sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

gambar hiasan
Sebelum ini, media melaporkan seorang pelakon dan penyanyi popular ditahan oleh pihak polis selepas melakukan amang seksual ke atas seorang remaja perempuan di sebuah hotel di Selangor.