Written by Bella | December 8th, 2017

Baru-baru ini pelakon Izara Aishah meluahkan rasa kecewa apabila beliau tidak diterima berlakon kerana kurang aktif di media sosial dan terkilan kerana bakat dalam lakonan sudah tidak penting lagi.

Berbicara mengenai isu berkenaan, pelakon Aeril Zafrel berpendapat selebriti harus aktif di media sosial agar orang ramai mengetahui perkembangan terbaru tentang diri mereka dan secara tidak langsung mempromosikan karya mereka. Namun, janganlah sampai bakat juga tidak diambil kira kerana kedua-dua perkara ini haruslah seiringan.

Bagi saya, memang penting untuk selebriti aktif di laman sosial dapat membantu produksi serta stesen TV untuk mempromosikan karya mereka. Lebih banyak pengikut, lebih ramai yang tahu apa kita buat.

Tapi janganlah sampai lebihkan sosial media. Saya takut masa akan datang, penonton tidak melihat pada kekurang lakonan seseorang itu. Sebab itu, bakat dan laman sosial kena bergerak seiringan. Sama-sama naik. Kalau kita terlampau fokus platform itu tapi bakat ke laut, susah juga.

Setiap apa yang kita lakukan dalam kehidupan juga perlukan keseimbangan begitu juga dengan populariti dan bakat bagi mereka yang bergelar anak seni. Kalau popular tetapi bakat tak ada tiada gunanya juga kerana tidak semestinya populariti itu akan kekal selamanya.

Sumber Berita : mStar Online

17 responses to Selebriti Perlu Aktif Di Media Sosial Tetapi Bakat Juga Harus Seiringan – Aeril Zafrel

  1. Anonymous says:

    sebab producer drama nk artis promote drama diaorang. lantak lah quality/ berlakon kayu janji rating naik.
    era yg gelap utk drama2 melayu… :(

    13

    0
    • Sambal belacan says:

      Part zaman gelap drama melayu tu aku setuju. Bukan tak da pelakon berbakat, cuma mereka kurang diberi peluang. Cthnya mcm noorkhiriah kan berlakon bgus tp dh tak nampak dia dlm drama skrg. Selain tu juga, plot drama pun forgettable dan lebih kurang saja.

      9

      0
  2. Anonymous says:

    tanya michael ang dan astro…

    4

    0
  3. Zaza says:

    Hello? Ni bukan zaman 90an la aeril.ni zaman dimana kayu pengukur populariti seseorg artis pd followers mereka.ko nk bajet feeling mcm artis yg super berbakat dn sembunyi underground tnpa expose pd dunia luar?
    Lets compare,profile media sosial aeril yg kosong,sunyi sepi,,update sebulan sekali,brbding dgn profile media sosial artis yg kerap update perkembngan mereka? Tnya lah pengarah dn produser,mereka xkan pilih pelakon yg kurang publisiti kerana hanya mendtgkan kerugian pd pihak produksi.org tk tgok.lihat je pada Aqasha,baru je lpas kene marah dgn produksi.pdn muka,pemalas sgt.berbakat konon.ilmu lakonan boleh diajar lah!

    0

    5
  4. Anonymous says:

    Dia nak cakap yang dia ada bakat lah ni…. Hehe..
    Para artis Malaysia please lah get urself educated.
    Bakat tak guna kalau appearance kepam… attitude socks… sombong etc.

    0

    4
  5. anyn says:

    ape2 je la jambang….
    aku sorg je ke yg meluat ig depa laki bini ?

    9

    0
  6. anonymous says:

    perasan bagus mamat ni tapi hakikatnya suam2 kuku juga tak leh beat aron n fattah

    2

    4
  7. bukan peminat pun says:

    saya tak suka mamat berlakun. tapi gambar atas nie betul2 nampak dia hensem. sesuai ngan isteri dia wawa. sama cantik sama padan.

    3

    0
  8. MELla says:

    fuuuuuyooooo dh mcm wolverine dh aku tgk

    5

    2
  9. Anonymous says:

    Drama melayu asyik kisah kemaruk celah kangkang…jual rupa je lah.makcik bawang je terkejar2 korang.

    3

    0

Leave a Comment

Optional