Menjawab cadangan Nora, Pegawai Perhubungan Awam (LHDN), Masrun Maslim memberitahu selebriti telah diberikan cukai pelepasan.
Kerajaan sebelum ini telah memberikan potongan bagi bagi bayaran jurusolek dan sewaan pakaian, selain beberapa kos lain seperti pengurusan artis dan pengiklanan.
Untuk perbelanjaan jenis ini, tiada peruntukan atau amaun tertentu yang ditetapkan. Ia terpulang kepada perbelanjaan sebenar seseorang artis tersebut dalam menjalankan profesion mereka.
Setiap tahun mereka kena hantar Borang B. Jadi mereka boleh tuntut belanja operasi setiap tahun.
AdvertisementMereka perlu simpan semua dokumen sokongan seperti invois [termasuk, pembelian alat solek] baucer bayaran jurusolek dan pengurus artis, resit pembelian dan lain-lain.
Menurut Masrun, LHDN menganggap kos atau bayaran tersebut “perbelanjaan operasi†sebagai penggiat seni.
Sebenarnya, terma yang kami gunakan bukanlah pelepasan cukai sebaliknya terma yang betul ialah perbelanjaan operasi sebagai artis dan selebriti.
Tambahnya, kebanyakan penggiat seni dikenakan cukai tinggi kerana tidak menghantar borang cukai dan gagal menyediakan penyata pendapatan yang lengkap dengan dokumen sokongan.
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.Loading...