Selebriti Malaysia Dan Kereta Yang Paling Sesuai Untuk Mereka, Apa Kata Anda?

Hiburan

Selebriti Malaysia Dan Kereta Yang Paling Sesuai Untuk Mereka, Apa Kata Anda?

Selama Abang Nara bercerita tentang dunia selebriti Malaysia, rasanya tak pernah sekali pun Abang Nara bercerita tentang selebriti dan kereta mereka. Kadang-kadang Abang Nara tertanya-tanya jugak kereta jenama apa yang dipandu oleh Aaron Aziz, Diana Danielle dan selebriti-selebriti lain. Kalau artis Hollywood senang sikit nak cari info. Contohnya Christina Aguilera yang memandu kereta BMW 7 Series.

kia optima k5

Advertisement

Disebabkan info yang sukar didapati untuk selebriti Malaysia dan kereta mereka, Abang Nara come up with idea sendiri untuk memadankan kereta yang ada di Malaysia ini dengan mereka berdasarkan personality masing-masing. Cuba tengok sikit logik ke tak padanan Abang Nara ini.

kia optima k5

1. Diana Danielle dan BMW 3 Series
Ini kereta idaman Abang Nara sebenarnya kalau dah punya income sehebat Diana Danielle. Rasanya BMW 3 series memang sangat sesuai dengan Diana Danielle kerana bentuknya yang sangat sporty dan

2. Tiara Jacquliena dan Porsche Cayman
Sesiapa yang mengenali Tiara pastinya mengakui betapa elegannya selebriti ini. Seriously daripada cara pemakaian pun dah tahu yang Tiara mementingkan prestij dan sukakan barangan mahal. Itu yang Abang Nara rasa Porsche Cayman paling sesuai dengan Tiara.

3. Syamsul Yusof Haslam dan Hummer H2
Kalau tak silap Abang Nara, memang Syamsul Yusof Haslam drive kereta Hummer H2 nie. Sesuai sangatlah dengan dirinya yang nampak macho, gagah dan masih muda.

4. Aaron Aziz dan Mercedez E Class
Fans Aaron Aziz pasti bersetuju dengan pilihan Abang Nara untuk idola mereka ini. Mercedez selalunya dikaitkan dengan businessman yang sudah agak berusia tetapi masih nampak kacak dan professional. Sesuai sangatlah tue dengan Aaron Aziz.

5. Lisa Surihani dan Kia Optima K5
Mesti ramai yang pelik dengan kenapa Abang Nara gandingan Lisa Surihani dengan Kia Optima K5. Selepas menonton filem Ombak Rindu, Abang Nara agak terkejut dan kagum dengan mutu lakonan Lisa Surihani. Sangat-sangat impressive. Begitu juga Kia Optima K5 ini.

bmw 7 series

Designnya sangat mengejutkan (ala-ala kereta Europe) dan daripada review yang dibaca di Internet, Kia Optima K5 sangat berbaloi untuk dimiliki. Kerana kejutan yang dimiliki oleh Lisa dan Kia Optima K5 inilah Abang Nara padankan mereka berdua.

So apa pendapat korang? Sesuai ke tak padanan yang Abang Nara lakukan untuk selebriti dan kereta mereka? Ke anda ada padanan yang lebih sesuai? Kalau korang ada kereta yang lebih sesuai untuk dipadankan dengan selebriti-selebriti kegemaran anda, jangan malu jangan segan untuk tinggalkan pendapat anda di ruangan komen.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...