Memetik Harian Metro, pengasas dan pengerusi Persatuan Kebajikan Anak Kami, Siti Nursuraya memaklumkan bahawa pihak mereka sudah beberapa kali membuat aduan mengenai seorang selebriti lelaki berstatus bujang yang mengambil anak angkat perempuan.
Difahamkan, tindakan membuat aduan itu dilakukan kerana selebriti itu telah menimbulkan persoalan yang didakwa menyalahi undang-undang.
Undang-undang Malaysia tidak membenarkan perkara itu atas faktor keselamatan. Jadi macam mana kanak-kanak perempuan itu boleh berada dalam jagaan selebriti bujang ini? Siapa yang benarkan? Dia melalui proses apa?
Saya sendiri pernah membuat beberapa laporan kepada Bahagian Kanak-Kanak di JKM dan JPN. Adakah mereka terlepas pandang? Ataupun selebriti ini mengambil anak angkat orang lain? Anak itu didaftarkan kepada ibu angkat lain? tetapi yang si bujang ni mengaku anak dia?
Ujarnya lagi, ramai selebriti tanah air mengambil anak angkat semata-mata ingin mendapatkan publisiti dan meraih populariti.
“Ada kes yang saya dapat tahu anak dia diambil semula oleh JKM sebab walaupun dia dah berkahwin tapi dia guna anak itu untuk raih populariti di media sosial. Kami buat laporan memang terbukti,” ujarnya lagi.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.