Selebriti Laman Sosial Ditangkap Kerana Melacur, Terima RM 30,000 Semalam

Trending

Selebriti Laman Sosial Ditangkap Kerana Melacur, Terima RM 30,000 Semalam

Pada zaman era media sosial macam sekarang, sesiapa saja boleh jadi selebriti. Berbekalkan solekan dan filter aplikasi kamera, ramai individu memuat naik gambar gaya hidup masing-masing dan mendapat ratusan ribu pengikut.

image

Advertisement


Namun begitu, lapor Utusan Malaysia, tembe­lang seorang selebriti laman sosial yang selama ini dipercayai terlibat dalam kegiatan pelacuran kelas tinggi terbongkar apabila dia diberkas bersama pelanggannya di sebuah suite hotel mewah di Damansara, dekat sini kelmarin.

Klu dari laporan itu ialah, wanita berusia 20-an dan mempunyai perniagaan di Lembah Kelang. Wanita itu ditahan bersama lelaki yang merupakan seorang ahli pernia­gaan yang sudah beristeri kira-kira pu­kul 10 pagi oleh pihak berkuasa hasil maklumat awam. Kedua-duanya telah diserahkan kepada pihak berkuasa agama untuk tindakan lanjut.

Menurut sumber Utusan, wanita berke­naan  dipercayai mempunyai hubungan rapat dengan kerabat diraja, dan mula terlibat dengan kegiatan pelacuran sejak tahun lalu.

Pelanggannya terdiri daripada golongan VVIP.

Wanita ini begitu licik dan pandai menyembunyikan kegiatan tidak bermoral itu di sebalik perniagaannya yang terletak di Lembah Klang.

Tambah sumber itu, wanita berkenaan dan pelanggannya akan diambil tindakan mengikut Enakmen Jenayah Syariah.-amazingnara.com

Sumber: Utusan Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...