Tiada angin tiada ribut, tiba-tiba seorang pembaca BeautifulNara mengirimkan satu ‘berita’ yang mendakwa bahawa seorang selebriti lama menawarkan perkhidmatan urut di beberapa platform termasuk aplikasi mencari pasangan.
Menurut individu ini, dia menjalankan misi untuk menjejaki selebriti itu dengan mendekati hotel yang didudukinya semasa di Terengganu. Daripada apa yang ditulis, dia menawarkan perkhidmatan berurut penuh berharga RM50 manakala ‘batin’ pula adalah pilihan pelanggan sendiri.
Walaubagaimanapun, selepas didedahkan oleh individu tersebut, selebriti itu mula marah dan mengatakan bahawa dia akan memaklumkan hal ini kepada pihak bertanggungjawab.
Malah selebriti itu turut meluahkan segalanya di laman media sosialnya namun tidak berkongsi mengenai perbualannya dengan individu tersebut di aplikasi mencari pasangan itu.
Tak cukup dengan itu, individu tersebut turut menghantar mesej ketika selebriti itu berada di Kota Bharu. Namun akaunnya di platform itu telah disekat sebelum selebriti tersebut memuat naik tangkapan skrin mesej itu dan dikongsikan di laman media sosialnya.
Daripada perkongsian terakhir ini, sepertinya lelaki itu juga menawarkan perkhidmatan selain daripada urutan. Hmmm…