Perkongsian seorang DJ dari Korea Selatan baru-baru ini tular di internet selepas dia menceritakan pengalamannya ketika terbang bersama American Airlines.
Menerusi Twitter peribadinya, DJ Soda atau nama sebenarnya Hwang So-Hee mendakwa dia telah dimalukan oleh petugas syarikat penerbangan itu.
Katanya, dia telah dipaksa untuk membuka pakaian dan berdiri dalam keadaan separuh bogel sambil diperhatikan oleh khalayak ramai.
Jelas DJ berusia 36 tahun itu lagi, kejadian berlaku pada Selasa lalu ketika dia menaiki penerbangan dari New York ke Los Angeles.
Sebelum pesawat berlepas, dia tiba-tiba didatangi oleh seorang pramugari yang memintanya untuk turun serta merta tanpa sebarang penjelasan.
Dakwanya, pramugari tersebut memberitahu bahawa seluar dipakainya tidak sopan kerana tertera perkata ‘f**k you’. Dia juga berkata telah disuruh untuk menanggalkan seluar di hadapan penumpang dan kakitangan lain.
Soda turut mendakwa telah meminta untuk menukar seluar di dalam bilik air namun tidak dibenarkan sebaliknya terpaksa berdiri separuh bogel di tepi pintu.
Saya terpaksa membuka seluar di depan semua kru dan berdiri separuh bogel sementara mereka tidak benarkan saya naik pesawat.”
Dia kemudian dibenarkan masuk semula ke dalam pesawat selepas memakai seluar secara terbalik.
Menerusi kenyataan dari American Airlines, polisi syarikat itu memang melarang mana-mana penumpang berpakaian tidak sopan.
Kisah perkongsian DJ Soda itu mendapat perhatian ramai warganet selain mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen di internet.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.