March 2nd, 2018

Mungkin ada yang sangka kerjaya sebagai seorang selebriti ini seronok dengan populariti, kemewahan dan menjadi pujaan ramai. Namun, disebalik semua itu, ada yang sebenarnya terpaksa berpura-pura mengukir senyuman di wajah mereka untuk memuaskan hati orang lain. Pendek kata, mereka tidak boleh menjadi diri sendiri.

Setiap perbuatan dan kata-kata mereka harus dikawal kerana mereka sering dijadikan contoh serta idola buat peminat.

Menerusi akaun Instagram, pelakon Nazim Othman mendedahkan kehidupan sebenar seorang “public figure”.  Pada masa yang sama, Nazim mengambil kesempatan tersebut untuk “mensekolahkan” netizen yang berfikiran cetek terhadap selebriti dan lebih gemar untuk mencari kesalahan golongan tersebut.

Memang banyak kes selebriti mati bunuh diri kerana tekanan yang diterima apatah lagi mereka sering kali dihimpit presepsi negatif daripada masyarakat. Sebelum kecam, harapnya fikir lah dahulu.


94 responses to “Selebriti Hidup Ibarat Macam Dalam Sangkar, Ramai Yang Tertekan – Nazim Othman”

  1. Enter Your Name says:

    Mmm..retis baru nk up ni..PM ngn Ahmat maslan kena kecam ok je…

  2. momok says:

    hahahhai ni sume poyo!

Loading...