Selebriti Guna Krim Harga RM1K Untuk Pelembap? Ni Tin Biru Bagi Manfaat Sama Pada Harga Mampu Milik

Branded

Selebriti Guna Krim Harga RM1K Untuk Pelembap? Ni Tin Biru Bagi Manfaat Sama Pada Harga Mampu Milik

Pernah dengar tentang krim mewah yang digunakan oleh selebriti yang mencecah lebih RM1k? BeautifulNara masa baca harga krim tu mampu telan air liur je.

Tapi anda tak perlu fikir tentang krim mahal tu, sebab kami sebenarnya berjaya jumpa satu krim serbaguna yang dapat memberikan manfaat yang sama (ada yang cakap lebih baik) pada harga yang lebih mampu milik.

Ni bukan kata-kata kosong, sebab ramai yang dah bagi review krim ni memang terbukti berkesan!

Manfaat 100 tahun dalam tin biru NIVEA Creme

Manfaat NIVEA Creme

Sebenarnya kalau anda nak tau, NIVEA Creme ni merupakan krim serbaguna yang telah ada di pasaran sejak tahun 1911, kira-kira 100 tahun lepas. Wow!

Tin biru ini telah dicuba oleh ramai pengguna termasuk para selebriti dan mereka mengatakan hasilkan setanding dengan krim muka yang mahal. Ia bukan hanya berfungsi sebagai pelembap wajah, malah boleh digunakan dari hujung rambut sehinggalah ke hujung kaki.

Dengan formulasi Eucerit dan vitamin B5 ia membantu merawat kulit kering secara lebih mendalam. Nak tau manfaatnya? Jom kami nak kongsikan 4 hacks menggunakan NIVEA Creme.

1. Pengganti masker muka & leher

Masker muka NIVEA Creme

Untuk mendapatkan kulit yang halus, masker muka perlu diamalkan setiap minggu bagi melembutkan dan membuang sisa kulit mati. 

NIVEA Creme juga mempunyai fungsi sebagai masker tau. Caranya mudah je, buat sapuan tebal pada wajah dan leher. Kemudian biarkan selama 10 minit. Lap lebihan krim menggunakan kapas. Hasilnya, kulit anda akan menjadi lebih lembut dan licin.

2. Rawat masalah tumit pecah dan siku yang kasar

Rawat tumit NIVEA Creme

Tumit dan siku merupakan kawasan kulit yang agak tebal, jadi kadang-kala, jika anda sentuh kedua bahagian ini akan terasa kasar. Disebabkan tumit selalu digunakan untuk berjalan, ia mudah merekah dan pecah jika tidak mendapat perlindungan diperlukan.

Tapi tak perlu risau, anda hanya perlu sapukan NIVEA Creme setiap hari dan anda pasti terkejut melihat hasilnya. Tumit menjadi lebih licin dan siku pun lembut apabila disentuh.

3. Menghaluskan kutikel kuku

Kutikel kuku cantik NIVEA Creme

Bukan senang nak pastikan kuku nampak sihat, ada yang sanggup menghabiskan duit untuk tata rias kuku sahaja. 

Ni kami nak kongsikan satu trick nak mencantikkan kutikel kuku. Apa yang anda boleh buat ialah urut kutikel kuku menggunakan NIVEA Creme setiap hari, ia membantu merawat dan menjadikannya sihat, kelihatan cantik dan berseri macam buat meni pedi!

4. Rawat rambut bercabang

Rawat rambut bercabang

Rambut bercabang sering terjadi kerana rambut tidak mendapat nutrien dan terlampau kering. Jangan potong rambut yang rosak tu dulu sebab NIVEA Creme boleh membantu merawat masalah ini. 

Hanya sapukan hujung rambut dengan krim NIVEA, ia akan membantu mengembalikan nutrien dan merawat rambut bercabang.

Satu penyelesaian dalam hanya satu tin biru

NIVEA CREME manfaat krim biru

Jadi anda pilih yang mana? Krim RM1K atau NIVEA Creme yang harganya bawah RM20 tapi mempunyai lebih daripada satu manfaat?

Pilihan di tangan anda, kalau kami memang confirm guna NIVEA je. Bukan saja jimat, malah seisi keluarga pun boleh guna.

Untuk maklumat lanjut mengenai NIVEA Creme dan rangkaian lain yang dijual, anda boleh ke kedai atas talian Nivea Malaysia di Shopee dan Lazada.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...