Selangor Mungkin Negeri Pertama Akan Tanam Ganja Untuk Perubatan

Trending

Selangor Mungkin Negeri Pertama Akan Tanam Ganja Untuk Perubatan

Selangor dengan jayanya akan mempertimbangkan untuk melaksanakan penanaman ganja bagi tujuan perubatan dan kajian penanaman ganja secara menyeluruh turut telah dilaksanakan oleh Pengarah Pusat Racun Negara Universiti Sains Malaysia, Prof Datuk Mohamed Isa.

Advertisement

Untuk pengetahuan anda, kajian ini antara lain menjadikan industri ini sebagai tanaman komersial bagi tujuan perubatan, penyelidikan dan eksport.

Akta Dadah Berbahaya 1952 menyatakan bahawa pihak kerajaan boleh membuat penanaman ganja hanya untuk perubatan sahaja.

 

Tanaman ganja ini memberikan pulangan besar iaitu sekurang-kurangnya RM 9 juta setahun bagi kelulusan tanah 0.4 hektar meliputi tiga kali proses penuaian.

Jumlah ini melebihi pulangan tanaman sawit yang hanya peroleh sekitar RM 3,ooo bagi keluasan yang sama.

Menurut pihak kerajaan Selangor, mereka akan memperketatkan sistem agar tidak berlaku ketirisan pasaran gelap dan penagihan di kalangan masyarakat.

Jika penanaman ganja tersebut berjaya dilaksanakan, bukan sahaja akan menguntungkan pada negara, malah akan membuka lebih banyak peluang pekerjaan.

Apakah pandangan anda semua tentang penanaman ganja di negara kita? Adakah ia akan berhasil atau sebaliknya?

 

Sumber: MalayMail

 

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...