Selangor Kini Membenarkan Pelanggan Makan Dan Minum Di Restoran Sehingga Jam 10 Malam

Trending

Selangor Kini Membenarkan Pelanggan Makan Dan Minum Di Restoran Sehingga Jam 10 Malam

Bermula pada hari ini, rakyat Selangor sudah dibenarkan untuk menjamu selera di restoran, medan selera, gerai berbumbung dan kiosk di negeri itu. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan orang ramai masih lagi perlu mematuhi penjarakan sosial.

Menurutnya, semua premis makanan dibenarkan beroperasi sepenuhnya termasuk makan dan minum di dalam premis bermula pukul 7 pagi hingga 10 malam. Tetapi tertakluk kepada pematuhan penjarakan sosial sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Advertisement

Namun, peniaga tidak dibenarkan membuka meja di kawasan kaki lima ataupun di tempat letak kenderaan seperti yang dilakukan sebelum ini. Selain itu, peniaga juga digalakkan memberi pilihan ‘pre-order’ kepada pelanggan bagi mengelakkan kesesakan di premis mereka.

restoran

Penguat kuasa pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan pemeriksaan mengejut dari semasa ke semasa bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi oleh peniaga dan pelanggan.

Sebelum ini, kerajaan Selangor menetapkan beberapa perincian tambahan semasa PKPB seperti peniaga dan penjaja berpremis yang dibenarkan beroperasi dari pukul 7.00 pagi hingga 10 malam, terhad kepada urusan bawa pulang, pandu lalu dan penghantaran sahaja.

Menerusi kenyataan semalam, Datuk Seri Amirudin turut memaklumkan bahawa peniaga ‘food truck’ dan penjaja tepi jalan juga dibenarkan beroperasi semasa PKPB bermula pukul 8 pagi hingga 10 malam namun terhad kepada urusan pandu lalu, bungkus dan penghantaran sahaja.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...