Selangor Diuji Tiada Air, Ustaz Ebit Lew Sekali Lagi Pantas Hulur Bantuan Di Kawasan Terjejas

Hiburan

Selangor Diuji Tiada Air, Ustaz Ebit Lew Sekali Lagi Pantas Hulur Bantuan Di Kawasan Terjejas

Terkenal dengan sikap prihatin dan dermawannya, pendakwah bebas Ustaz Ebit Lew tampil sekali lagi menyakurkan bantuan air kepada penduduk di Selangor yang terjejas ekoran gangguan bekalan air yang disebabkan oleh pencemaran bau.

Advertisement

Menerusi posting di laman Facebooknya, Ebit dilihat tidak ketinggalan menzahirkan rasa sedih apabila penduduk di Selangor sering diuji dengan ketiadaan air berulang kali.

Hal ini demikian kerana, kegunaan air sangat penting dalam penggunaan seharian, namun disebabkan pencemaran seperti ini, memang memberi impak yang besar kepada penduduk di kawasan berkenaan.

Sayu rasa hati bila Selangor diuji lagi tiada air. Malam ni terus order lori bawa air dan agihkan pada penduduk flat sekitar subang malam ni. Ada beberapa tempat lagi mesej saya. Dari siang uruskan. Walau dah malam ramai datang nak air. Tua muda pelbagai bangsa. Bawa baldi. Kami bagikan juga dalam 4 tank kecil supaya boleh bagi lebih dekat dengan blok.”

Rentetan kejadian, beliau terus bergegas memesan lori yang membawa air dan terus mengagihkan kepada penduduk flat sekitar Subang semalam.

Dedahnya lagi, meskipun sudah lewat malam, masih ramai yang bertandang mengambil bantuan air yang disampaikan oleh beliau.

Bahkan, beliau juga turut menghantar bekalan air ke beberapa lagi kawasan mengikut permintaan orang ramai.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikutnya amat berterima kasih kepadanya. Malah pengikut dermawan ini juga seakan tidak terlepas menzahirkan rasa sebak melihat kegigihan beliau dalam membantu insan yang kurang bernasib baik ketika ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...