Selangor Berjaya Catat Sifar Kes Baharu COVID-19 Buat Pertama Kali

COVID-19

Selangor Berjaya Catat Sifar Kes Baharu COVID-19 Buat Pertama Kali

Negeri Selangor sebelum ini mencatatatkan kes COVID-19 antara yang tertinggi di Malaysia.

Namun, semalam Selangor berjaya merekodkan sifar kes baharu COVID-19 dan ini merupakan pencapaian kali pertama negeri itu.

Advertisement

Menteri Besarnya, Datuk Seri Amirudin Shari memuat naik ucapan di Twitter menzahirkan kesyukuran atas pencapaian negeri itu.


Pasukan Petugas Pencegahan COVID-19 Selangor (STFC) menerusi laman sesawang Menteri Besar, amirudinshari.com, turut berkongsi kenyataan ketiadaan kes berkenaan adalah satu rekod yang sangat memberi inspirasi kepada warga Selangor.

“Tiada rahsia untuk kejayaan ini melainkan dengan mengamalkan normal baharu iaitu penjarakan fizikal, menjaga kebersihan diri serta pakai pelitup muka. Tetaplah berdisiplin, jangan gagalkan usaha cemerlang ini.” 

Sementara itu, dua mukim di dua daerah masih kekal berada di zon merah iaitu Semenyih di daerah Hulu Langat dengan 46 kes aktif dan Labu di daerah Sepang (66 kes).

Secara keseluruhan, Hulu Langat masih mempunyai 76 kes aktif dan Sepang 68 kes.

Selangor sehingga hari ini merekodkan jumlah keseluruhan kes sebanyak 1,971 manakala 1,642 adalah kes sembuh, 201 kes aktif dan 23 kematian.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...