March 1st, 2016

Setiap hari selepas menghantar Aariz dan Arissa ke sekolah, Abang Nara akan melepak di Publika sambil membuat kerja. Sambil-sambil menghadap laptop, sambil-sambil itu Abang Nara mengushar ragam orang ramai di Publika. Hampir kesemuanya memiliki smartphone dan menghabiskan masa berborak sambil bermain dengan telefon mereka.

honor 5x

aksi sebegini memang selalu Abang Nara dapat perhatikan. Gambar sekadar hiasan

Baru-baru ini juga ada satu statistik yang dikeluarkan di mana rakyat Malaysia menungguli tangga teratas sebagai penonton YouTube paling ‘banyak minit’ di dunia. Fuh!!! Abang Nara pun turut sama menyumbang kepada statistik tersebut. Boring-boring memang best bukak YouTube layan video-video mengarut. Salah satu penyumbang besar kepada statistik ini adalah kewujudan smartphone yang murah, berkualiti tinggi dan berbaloi untuk dimiliki seperti Honor 5X.

honor 5x

memang menggiurkan Honor 5X ini

Dengan harga CUMA RM899, Honor 5X hadir dengan rekaan berasaskan logam, memberikan pengalaman penggunaan yang lebih premium kepada pengguna. Ia menggunakan skrin 5.5-inci dengan paparan 1080p, dijana menggunakan cip Snapdragon 616, kamera selfie 5 megapixel dan kamera belakang 13 megapixel Namun apa yang paling mencuri perhatian Abang Nara ialah fungsi Fingerprint 2.0 yang amat memudahkan penggunanya membuka sebarang applikasi kegemaran mereka.
honor 5x
Fingerprint 2.0 ini bukan sahaja boleh digunakan untuk ‘unlock’ Honor 5x anda, tetapi juga boleh digunakan untuk melancarkan applikasi-applikasi kegemaran. Kalau korang memang jenis bukak YouTube, Facebook dan Instagram selang 1 minit, mesti terasa leceh nak unlock screen dan mencari ikon applikasi-applikasi tersebut kan? Dengan Honor 5X, semua itu tidak perlu dilakukan. Cuma perlu daftarkan jari-jari anda untuk applikasi-applikasi tertentu dan terus imbas jari tersebut untuk membukanya. Contohnya ibu jari untuk Facebook, jari telunjuk untuk Instagram dan jari manis untuk YouTube. Semua imbasan jari ini boleh direkodkan dengan 6 sentuhan oleh Honor 5X, berbanding 15 sentuhan yang diperlukan oleh smartphone lain.
honor 5xPower kan? Abang Nara pun kagum dengan teknologi fingerprint Honor 5X ini. Siap boleh call kawan guna imbasan jari je. Tak ke super duper awesome tue? Banyak lagilah kelebihan Fingerprint 2.0 Honor 5X nie. Nak cerita semua sampai ke Subuh esok pun tak habis.
honor 5x Mungkin ada yang tak berapa percaya kehebatan Fingerprint 2.0 Honor 5X ini. Tak apa tak apa. Video di bawah ini membuktikan apa yang telah Abang Nara tulis di atas. Sila tonton dan jadi kagum.

honor 5x

honor 5xBanyak lagi ciri-ciri awesome Honor 5X seperti 3 kad slot ((nano-sim, micro-sim, microSD slot), bateri 3000 MAH untuk tahan lebih lama, ada sokongan Quick Charge 3.0 dan macam-macam lagi lah. Abang Nara memang dah jatuh cinta dengan Honor 5X. Kalau telefon Abang Nara sekarang rosak, memang terus Abang Nara akan beli sebijik telefon nie. Berbaloi-baloi sungguh!!!
honor 5x

Kalau korang pun turut sama berminat dan terasa ingin terus beli Honor 5X ini, bolehlah ke laman web Vmall untuk membuat tempahan. Jualan akan dibuka pada 1 Mac jam 3.09 petang ini. Sekarang stok dah habis sebab ramai sangat yang membelinya. Kalau rasa tak puas hati dan nak baca lebih lanjut lagi tentang Honor 5X, boleh terus ke Facebook HuaweiMY. Kalau ada soalan pun boleh tanya terus kat situ. Pasti ada yang akan menjawab. Selamat mencuba!!!


Comments are closed.

Loading...