Sosialit antarabangsa dan juga penyanyi, Paris Hilton dilaporkan akan berkunjung ke Malaysia pada 13 September ini.
Difahamkan, kunjungan Paris Hilton kali ini adalah untuk melancarkan keluaran terbaharu minyak wangi jenamanya, Paris Hilton Fragrances iaitu Ruby Rush.
Perkara itu turut diuar-uarkan hartawan itu menerusi satu hantaran media sosialnya untuk pengetahuan peminat.
Hey #Malaysia! Can’t wait to see you September 13th at KL Sogo for my @parishiltonfragrances Launch at 4pm!? pic.twitter.com/tVdvB0NXfv
— ParisHilton (@ParisHilton) August 29, 2023
Hai Malaysia! Tidak sabar untuk bertemu dengan anda semua pada 13 September nanti di Sogo, Kuala Lumpur untuk pelancaran keluaran baharu minyak wangi saya, Paris Hilton Fragrances.
Sebelum ini, Paris Hilton pernah berkunjung ke Malaysia pada tahun 2015 di mana dia ada membuat persembahan di acara The Party of The Century di Empire City, Damansara Perdana.
Perkembangan terkini, penyanyi lagu Stars Are Blind itu lebih tertumpu kepada kehidupan keusahawanan berbanding pentas hiburan.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.