Selamba Cium Heroin Waktu Sambut ‘Birthday’, Teruk Pelakon Lelaki Popular Dikecam Netizen

Dunia

Selamba Cium Heroin Waktu Sambut ‘Birthday’, Teruk Pelakon Lelaki Popular Dikecam Netizen

Baru-baru ini, tindakan pelakon popular di Indonesia iaitu Redza Rahadian mencium pelakon wanita Prilly Latuconsina telah mengundangkan kritikan daripada orang ramai.

Prilly yang juga merupakan heroin dalam drama My Lecturer My Husband telah mendatangkan rasa kurang senang, lagi-lagi apabila dia memuat naik foto dicium oleh Redza di laman Instagramnya.

Advertisement

Difahamkan dari hantaran yang dimuat naik, Prilly telah menghadiri ke majlis sambutan aktor yang cukup popular di Indonesia dan Malaysia itu.

Melalui laporan Oh Bulan, kedua-dua pelakon tersebut merupakan kenalan rapat dan kehadiran Prilly serta kawan-kawan yang lain di sambutan hari jadi itu untuk membuat kejutan kepada Redza.

Geli tengok. Belum halal tapi sampai macam tu sekali cium.

Bukan muhrim mana boleh berkelakuan macam ni.

Biarpun hanya mahu berkongsikan momen-momen gembira sewaktu menyambut birthday Redza, perkongsiaan tersebut telah dihentam ramai gara-gara kelakuan mereka bercium biarpun tidak mempunyai hubungan yang halal.

Barangkali sedar dikecam netizen, Prilly mengambil keputusan untuk tutup ruangan komen di hantaran tersebut.

2022-05-20 12:52:40

Rakaman Lelaki Mirip Pelakon & Anak Pendakwah Terkenal Sedang Bercium Dengan Wanita 'Viral' Di TikTok

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Oh Bulan