“Selamatkan Saya” – Lelaki ‘Jual’ Diri Di Papan Iklan Untuk Cari Isteri, Tak Mahu Perkahwinan Diatur Keluarga

Kehidupan

“Selamatkan Saya” – Lelaki ‘Jual’ Diri Di Papan Iklan Untuk Cari Isteri, Tak Mahu Perkahwinan Diatur Keluarga

Zaman sekarang ni memang ada bermacam jenis cabaran dalam kehidupan seharian kita. Salah satunya adalah cabaran mendapat jodoh.

Sebab itulah, seorang lelaki berusia 29 tahun dari London, United Kingdom ini membuat keputusan untuk menggunakan cara yang agak berbeza dan unik bagi mencari jodoh.

Advertisement

Menurut Express UK, disebabkan tidak mahu jodohnya diatur oleh keluarga, Mohammad Malik bertindak ‘mengiklankan’ dirinya di ‘billboard’ di kawasan Birmingham.

Selamatkan saya daripada perkahwinan yang diatur.” 

Dalam usaha mencari calon isteri, Malik bukan sahaja ‘mempromosikan’ dirinya di papan iklan tetapi juga turut membuat satu website khas iaitu findmalikawife.com!

Menerusi website tersebut, Malik memperkenalkan dirinya serta menceritakan serba sedikit tentang  apa yang disukainya. Selain itu dia juga turut menyenaraikan ciri-ciri dan personaliti wanita yang mahu dikahwininya.

Di penghujung page, Malik meletakkan borang untuk diisi oleh mana-mana wanita yang mahu berkenalan dengannya atau turut berkata sesiapa sahaja boleh cuba match kan jodoh untuknya.

3 years ago

"Jom Nikah, I'm Ready!" - Viral Kisah Guru Kahwin Dengan Bekas Anak Murid Sendiri

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Express UK

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...