Selamatkan Kanak-Kanak Sesat : Indah Ruhaila Dipuji Peminat

Hiburan

Selamatkan Kanak-Kanak Sesat : Indah Ruhaila Dipuji Peminat

Tindakan Indah Ruhaila yang menyelamatkan seorang kanak-kanak sesat di Johor Premium Outlet pada hari Sabtu lepas mendapat pujian ramai.

Advertisement

Jelas Indah, beliau yang sedang membeli-belah bersama keluarganya tiba-tiba melihat seorang kanak-kanak lelaki berlari seorang diri dan seakan seperti mencari seseorang.  Indah cuba mengekori kanak-kanak tersebut dan mendekatinya yang berada dalam keadan ketakutan.

Saya bersama keluarga pergi membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO) Sabtu lalu, ketika itu pada kira-kira pukul 8 malam saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia dua tahun berlari-lari seorang diri tanpa pengawasan.

Saya tidak sedap hati dan mengekori kanak-kanak itu sehingga dia tidak tahu hendak ke mana dan seperti mencari seseorang. Saya mendekati kanak-kanak itu dan bertanya tentang ibu dan bapa, dia kelihatan ketakutan dan mencari-cari ibunya.

Indah kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis yang terletak didalam JPO untuk membuat laporan polis dan meminta agar pengumuman tentang kanak-kanak kehilangan dilakukan, walaubagaimanapun ia dilarang oleh pihak polis demi keselamatan kanak-kanak itu.

Menurut Indah,  ibu kanak-kanak itu yang ditemui selepas lebih sejam berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengakui tentang kecuaian mereka.

Saya sebak melihat ibunya menangis-nangis di balai kerana menyangka mereka tidak dapat bertemu lagi dengan anaknya itu.

Saya nasihatkan mereka agar lebih berhati-hati selepas ini kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini, sekarang terlalu banyak jenayah yang melibatkan kanak-kanak.

Kepada ibu bapa diluar sana kalau boleh jangan pernah abaikan anak-anak anda dan biarkan mereka berjalan seorang diri tanpa pengawasan. Sekarang ini macam-macam kes yang melibatkan kanak-kanak berlaku. Jangan terlalu leka kerana apa-apa pun boleh jadi dalam sekelip mata.

Sumber Berita : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...