Tindakan Indah Ruhaila yang menyelamatkan seorang kanak-kanak sesat di Johor Premium Outlet pada hari Sabtu lepas mendapat pujian ramai.
Jelas Indah, beliau yang sedang membeli-belah bersama keluarganya tiba-tiba melihat seorang kanak-kanak lelaki berlari seorang diri dan seakan seperti mencari seseorang. Indah cuba mengekori kanak-kanak tersebut dan mendekatinya yang berada dalam keadan ketakutan.
Saya bersama keluarga pergi membeli belah di Johor Premium Outlet (JPO) Sabtu lalu, ketika itu pada kira-kira pukul 8 malam saya lihat ada seorang kanak-kanak lelaki lingkungan usia dua tahun berlari-lari seorang diri tanpa pengawasan.
Saya tidak sedap hati dan mengekori kanak-kanak itu sehingga dia tidak tahu hendak ke mana dan seperti mencari seseorang. Saya mendekati kanak-kanak itu dan bertanya tentang ibu dan bapa, dia kelihatan ketakutan dan mencari-cari ibunya.
Indah kemudian membawa kanak-kanak tersebut ke balai polis yang terletak didalam JPO untuk membuat laporan polis dan meminta agar pengumuman tentang kanak-kanak kehilangan dilakukan, walaubagaimanapun ia dilarang oleh pihak polis demi keselamatan kanak-kanak itu.
Menurut Indah, Â ibu kanak-kanak itu yang ditemui selepas lebih sejam berkali-kali mengucapkan terima kasih kepadanya dan mengakui tentang kecuaian mereka.
Saya sebak melihat ibunya menangis-nangis di balai kerana menyangka mereka tidak dapat bertemu lagi dengan anaknya itu.
Saya nasihatkan mereka agar lebih berhati-hati selepas ini kerana takut berlaku sesuatu yang tidak diingini, sekarang terlalu banyak jenayah yang melibatkan kanak-kanak.
Kepada ibu bapa diluar sana kalau boleh jangan pernah abaikan anak-anak anda dan biarkan mereka berjalan seorang diri tanpa pengawasan. Sekarang ini macam-macam kes yang melibatkan kanak-kanak berlaku. Jangan terlalu leka kerana apa-apa pun boleh jadi dalam sekelip mata.