Abang Nara ialah seorang yang langsung tidak pandai melukis. Kadang-kadang lukis gambar ayam pun boleh disalah sangka sebagai itik. Senang cerita, Abang Nara memang tak ada bakat seni. Itu yang membuatkan Abang Nara kagum sangat-sangat apabila melihat mural yang dilukis di dalam terowong menghala ke KLCC dan Convention Center.
Cantik gila kan? Projek yang diberikan nama Honda Green project (KLCC Tunnel) ini adalah bersempena dengan pelancaran Hybrid version untuk Honda Insight, Honda CRZ dan Honda Jazz. Abang Nara respek sangat-sangat dengan inisiatif yang dilakukan oleh Honda ini kerana kereta hybrid adalah green dan sangat environmental friendly. Selain daripada itu, ini adalah cara unik Honda untuk memberi sokongan kepada local talent yang sangat berbakat. Antara ketiga-tiga kereta Honda ini, Abang Nara paling suka dengan Honda CRZ. Cantik gila kot!!!
Berbalik kepada Honda Green project (KLCC Tunnel) di terowong menghala ke KLCC dan Convention Center. berbeza dengan kebanyak projek lain, mural yang menampilkan tema Go Green ini telah dilukis sendiri oleh mereka yang terlibat. Selalunya kalau projek sebegini, penganjur lebih suka untuk print dan tampalkan sahaja. Namun pihak Honda telah berkampung di situ selama 2 hari bermula 7 Mei sehingga 9 Mei untuk menyiapkan mural yang awesome ini.
Disebabkan terlalu mengkagumi kesungguhan yang ditunjukkan oleh mereka yang terlibat di dalam projek ini, izinkan Abang Nara berkongsi beberapa lagi gambar untuk tatapan anda semua.
Abang Nara pasti ramai yang tertanya-tanya bagaimana kereta hybrid berfungsi untuk membantu bumi kita ini sentiasa hijau. Sebenarnya ianya sangat simple. Selain daripada engin biasa, kereta hybrid turut mempunyai motor elektrik. Motor elektrik ini digunakan ketika untuk start engin, bawak perlahan dan ketika anda sedang mahu memecut. Jadi apabila penggunaan motor eletrik lebih banyak, penggunaan minyak adalah berkurangan sekaligus mengurangkan asap yang terkeluar daripada ekzos kereta. Simple kan?
Kalau dulu memang tak banyak pilihan untuk kereta Hybrid, namun selepas pelancaran 3 jenama besar untuk Honda Hybrid, Abang Nara rasa kita ada lebih banyak peluang untuk membantu kesejahteraan bumi kita. Kawan Abang Nara yang memandu Honda Insight pernah kata yang selain daripada penjimatan minyak (fuel tank 1000km), dia terasa bangga kerana terlibat dalam proses menghijaukan bumi ini.
Abang Nara tabik hormat kepada Honda kerana menjayakan Honda Green Project (KLCC Tunnel) yang sememangnya lain daripada yang lain. Cakap banyak tak guna, hujung minggu ini Abang Nara dan family akan ke sana untuk melihat dengan mata sendiri keunikan mural di terowong KLCC ini. Untuk info lanjut, boleh layari laman web Honda Hybrid.
Jiji sufa
June 27, 2012 at 3:08 am
Selamatkan bumi dgn honda hibrid? Gila apa? Ni mesti kes nak menipu org Mesia lagi…bukan ke honda hibrid ni dah byk kes kat overseas…bateri cepat kong ke apa tah…kat sini pun aku dengar dah berlaku dah….beh baik survey dulu sebelum main2 nak promo benda ni…
aiskrim Baskin Robbins percuma jika Lee Chong Wei menang Olimpik
August 4, 2012 at 1:55 pm
ini duit Jiji…
aku punya suka
September 25, 2012 at 11:54 am
selamat apa nye.. duit aku la yang tak selamat kalau beli kereta ni.. mahal sangat.. baik aku beli rumah..
AKU ADALAH AKU
June 11, 2012 at 1:28 pm
sy dah naik keta nie, holiday @ australia, rental car lgk…very cool & green go…kat m’sia agak mahal hargenye….
No One
June 11, 2012 at 9:13 am
sgt creative…. :)
Aldy Shah
June 10, 2012 at 10:05 pm
Kat oversea byk gambr mural kat dinding n mostly menakutkan pun ada,mcm hantu