February 23rd, 2012

Diam tak diam, rupa-rupanya pelakon pujaan ramai, Aaron Aziz menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-36 pada hari ini. BeautifulNara.com ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari lahir kepada beliau, semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki, maintain kacak dan maintain macho.
Tawaran lakonan untuk abang kacak ini nampaknya maintain lebat tahun ini, dan perkembangan terbaru, Aaron sedang menjalani penggambaran drama yang diadaptasi dari novel tulisan Aisya Sofea, iaitu Adam dan Hawa. Dia akan melakonkan watak Adam Mukhriz, bergandingan dengan pelakon Nadiya Nisa’ yang membawakan watak Ain Hawani.

Apakah Aaron akan dapat mengekalkan popularitinya yang meledak tahun lepas pada tahun ini? Mari bersama menyokong beliau. Kredit gambar Twitter Aaron Aziz.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung setiap bulan mulai 23 – 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur ( berdekatan dengan Dataran Merdeka ), ada jualan produk-produk budaya masyarakat Malaysia, demonstrasi, pertandingan, pameran, persembahan dan Bazar Seni Industri Budaya juga ialah medan aktiviti remaja kreatif.

Nak tahu lebih lanjut, hubungi Rahmat di 03-2052 3600, like Fanpage Bazar Seni atau e-mel rahmat(at)jkkn.gov.my


78 responses to “Selamat Ulang Tahun Kelahiran, Aaron Aziz”

  1. bolradhabol7 says:

    watak adam tu sein ruffedge lg sesuai kot..
    kalo heroin pulak bg diana danielle….
    yg pasti aaron nmpak tua utk pegang wtk ni…
    sory ye aku minat aaron tp utk cite A&H aku rasa dia xsesuai….
    novel ni rmai pgikut…kalo xkena gaya jd mcm cite bicara hati..nan adoo..
    xbest langsung

  2. meow says:

    watak AM lg sesuai kalau syed aiman, hubby linda rafar, tu yang pegang dr si harun nih

  3. mommy ACK says:

    i lagi tak pernah jumpa AA. dia tak sesuai senyum.tak macho.sesuai sangat kalau muka serius. all the best AA. hepi birthday AA.

  4. minah benot says:

    Btul ckp laili tu. Aku sbnrnya 2 kali tersrempk uncle AA ni di tmpt lain2. Yg 1st timetu kita bagik kat dia senyum dia buat2 tak nmpk. Muka masam. Yg nombor 2 kali maser tuh ada binik dia. Lagi skali pakcik AA buat tak nmpk. Buta kot? Binik dia yg kat sebelah yg kasik senyuman kat kiter. Step macho betul Pakcik AA ni. HAPPY BIRTHDAY UNCLE AARON! Semoga menang!

Loading...