“Selamat Tinggal Tonkatsu..” Isetan 1 Utama Ditutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

Berita

“Selamat Tinggal Tonkatsu..” Isetan 1 Utama Ditutup Selepas 10 Tahun Beroperasi

Pusat membeli-belah terkemuka, Isetan dilaporkan akan menghentikan operasinya yang berlokasi di 1 Utama.

Makluman tersebut telah dihebahkan secara rasmi menerusi sebuah kenyataan yang dimuat naik di akaun Facebook Isetan, semalam.

Advertisement

Menurut info yang disediakan syarikat itu, gedung tersebut akan ditutup secara rasmi pada 5 April 2022 nanti.

Pihak pengurusan juga sempat mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pengunjung yang pernah singgah ke Isetan sepanjang 10 tahun mereka beroperasi di 1 Utama.

Namun, gedung Isetan yang terletak di Suria KLCC, The Gardens Mall, The Japan Store LOT 10 masih lagi beroperasi seperti biasa.

Meninjau ke ruangan komen hantaran tersebut, ramai netizen berkesempatan untuk mengimbas kembali kenangan mereka membeli-belah di gedung tersebut.

IsetanSumber : Isetankl.com 

Yang paling diingati nanti mestilah soal-soal kedai makan di mana rata-rata pengguna gemar singgah ke gedung tersebut untuk menikmati Ramen dan Tonkatsu.

Sekadar info, Isetan merupakan salah satu industri peruncitan Jepun yang terkemuka dengan sejarah penubuhannya yang telah menjangkau lebih 100 tahun.

Syarikat tersebut telah bekerjasama dengan ribuan pengeluar dan pereka daripada Malaysia bagi menghasilkan produk serta barangan yang berkualiti tinggi untuk kegunaan pengguna.

DS Hishamuddin Hussein
2 years ago

"Penggantungan Pesawat Hawk 108 Bergantung Pada Hasil Siasatan.." - DS Hishamuddin Hussein

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...