Selamat Tinggal Stan Lee: Ini 4 Video Cameo Terbaiknya Dalam Filem Marvel

Trending

Selamat Tinggal Stan Lee: Ini 4 Video Cameo Terbaiknya Dalam Filem Marvel

Para peminat komik dan filem-filem Marvel pasti sangat mengenali dengan pengasas syarikat Marvel Universe itu, Stan Lee. Dia juga seorang penulis, pengarang dan penerbit bertaraf legenda itu telah meninggal dunia pada usia 95 tahun.  Dia telah meninggal pada awal pagi Isnin dan disahkan oleh anak perempuannya, JC.

Advertisement

Bermula pada tahun 1961, dia mencipta karakter The Fantastic Four untuk Marvel Comics dan diikuti dengan beberapa tajuk serta karakter yang popular termasuk Spider-Man dan The Incredible Hulk.

Lee memulakan kerjayanya di Timely Comics pada tahun 1939. Selama bertahun-tahun dia bekerja seebagai seorang penulis, editor dan kadang-kala juga menjadi seorang illustrator. Tetapi, bosan apa yang dilakukannya, dia membuat keputusan untuk meninggalkan syarikat itu.

Tetapi, selama bertahun-tahun, industri komik telah dikuasai oleh Komik DC iaitu pencipta karakter Superman, Batman, Wonder Woman dan Lantern Green.

Pada awal tahun 60-an, Lee telah diminta untuk mencipta sebuah pasukan wira-wira untuk bersaing dengan Justice League DC. Dengan bantuan artis-artis seperti Jack Kirby dan Steve Ditko, beliau mula mencipta satu revolusi yang dia sendiri tidak menyangkakannya pada waktu itu.

Sering mencuri perhatian penonton apabila selalu membuat cameo dalam kebanyakan filem super hero keluaran Marvel. Ini kami kongsikan 5 video cameo terbaik yang pernah Lee bintangi:

The Hulk (2003)

Dalam filem ini, Stan Lee memegang watak sebagai pengawal keselamatan di sebuah bangunan dan yang menariknya dia bergandingan dengan Louis Ferrigno yang pernah memainkan watak sebagai Hulk dalam siri televisyen The Incredible Hulk pada tahun 1978 sehingga 1982.

Spider-Man 3 (2007)

Dalam satu scene, dimana ketika Peter Parker (Spider-man) berasa kecewa kerana usahanya menyelamatkan dunia tidak diendah, saat itu Stan Lee muncul sebagai orang awam dan menasihati Peter, ” I guess one person can make a difference”.

Captain America: Civil War (2016)

Dia melakonkan watak sebagai pekerja FedEx dan menghantar parcel ke rumah Tony Stark tetapi tersalah menyebut namanya sebagai Tony Stank. Dia muncul di saat akhir filem apabila pasukan Avengers berpecah kepada dua kumpulan iaitu kumpulan Captain America dan Iron Man.

Guardian Of The Galaxy Vol 2 (2017)

Kali ini Stan Lee menjadi orang yang digambarkan sebagai memberi laporan kepada bangsa asing yang dikenali sebagai The Watchers. Dia muncul di adegan kredit akhir atau selepas filem selesai. Dalam alam Marvel Comics, The Watchers berkhidmat sebagai penyelia, tanpa campur tangan dalam kehidupan manusia.

Dia juga dikhabarkan sempat merakamkan cameo untuk filem terbaru Avengers 4. Kehadirannya pasti akan dirindui selepas ini oleh semua penggemar Marvel.

Sumber: CNN & Kompas

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...