Selamat Tinggal 2019: Ini 10 Kisah Viral Yang Berlaku Sepanjang Tahun

Trending

Selamat Tinggal 2019: Ini 10 Kisah Viral Yang Berlaku Sepanjang Tahun

Tahun 2019 antara tahun yang penuh dengan kontroversi dan kisah-kisah panas yang berlaku. Bukan sahaja kisah selebriti tapi ada banyak kisah viral yang berlaku dan dikongsikan oleh netizen.

Sebelum 2019 melabuhkan tirainya esok, jom kita sama-sama throwback semula kisah-kisah viral yang berlaku sepanjang tahun ini. Yang buruk kita jadikan teladan, yang buruk kita jadikan tauladan.

Advertisement

Haziq Aziz Buat Pengakuan Bersumpah Jalin Hubungan Intim Dengan Menteri

haziq dan azmin ali

Pada awal bulan Jun yang lalu, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengakuan daripada Haziq Aziz berhubung video panasnya bersama bekas Menteri Besar Selangor, Azmin Ali.

Video hubungan intim mereka itu telah tersebar luas di aplikasi WhatsApp dan didakwa diambil tanpa kebenaran Haziq sendiri. Haziq juga telah mencabar Azmin Ali untuk mengambil tindakan undang-undang ke atasnya jika perkara tersebut adalah salah.

Baca: Haziq Aziz Buat Pengakuan Bersumpah Jalin Hubungan Intim Dengan Menteri

Azilah Hadri Mengaku Bunuh Atlantuya Shaaribu Atas Arahan Bekas PM Najib

atlantuya

Sebelum tahun 2019 melabuhkan tirainya, rakyat Malaysia dikejutkan dengan pengakuan dari Azilah Hadri berhubung kes pembunuhan Atlantuya. Azilah mengaku membunuh wanita Mongolia itu atas arahan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dengan pengakuan terbaru ini, dia turut memohon untuk perbicaraan semula di mahkamah. Menurutnya juga, ada keterangan yang tidak dikemukakan semasa perbicaraan yang lalu.

Baca: Azilah Hadri Mengaku Bunuh Atlantuya Shaaribu Atas Arahan Bekas PM Najib

Polis Siasat Dakwaan Ibu Bapa Nora Anne Terlibat Dalam Kehilangan Dan Kematiannya

nora anne

Percutian sebuah keluarga bertukar menjadi tragedi apabila remaja Ireland, Nora Anne dilaporkan hilang. Selepas dilaporkan hilang selama 10 hari, mayat Nora Anne akhirnya dijumpai oleh pihak berkuasa.

Pelbagai spekulasi yang timbul yang mengaitkan keluarga mangsa di dalam kes kematian remaja OKU dalam pembelajaran ini. Kematian Nora Anne adalah disebabkan pendarahan usus akibat lapar dan stress berpanjangan.

Baca: Polis Siasat Dakwaan Ibu Bapa Nora Anne Terlibat Dalam Kehilangan Dan Kematiannya

Lelaki Belasah Skandal Isteri Di Klinik Serah Diri Pada Polis, Tidak Akan Pukul Isteri

lelaki pukul skandal

Masih ingatkah anda, video yang tular di media sosial di mana seorang lelaki menyerang seorang doktor yang curang bersama isterinya ini?  Lelaki tersebut memukul doktor yang dikatakan telah curang bersama isterinya selama lapan bulan semasa ketiadaannya di Malaysia.

Dia kemudiannya telah menyerahkan diri dan memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang selepas insiden itu. Isu kecurangan isterinya bersama doktor itu tular di media sosial selepas video serangannya di klinik tersebut.

Baca: Lelaki Belasah Skandal Isteri Di Klinik Serah Diri Pada Polis, Tidak Akan Pukul Isteri

Mat Rempit Rosakkan Makanan Family Mart Diburu Polis Sudah Serah Diri

rempit family mart

Tiga pemuda membuat onar di sebuah outlet Family Mart dengan menekan makanan yang dijual sehingga penyek. Mereka juga turut mengalihkan makanan di tempat lain bagi menyusahkan staff di sana.

Video yang dirakamkan oleh mereka telah menerima kecaman netizen dan dianggap sebagai satu vandalisme. Mereka akhirnya menyerahkan diri di Balai Polis Nilai selepas laporan polis dibuat oleh staff outlet tersebut.

Baca: Mat Rempit Rosakkan Makanan Family Mart Diburu Polis Sudah Serah Diri

Diserang Pengguna Biadap, Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter

permaisuri agong

Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah menutup akaun Twitter pada September lalu selepas didakwa diserang pengguna biadap. Ramai rakyat yang berduka selepas Raja Permaisuri Agong sepi dari laman Twitter.

Sehinggakan laporan polis dibuat untuk menangkap individu-individu yang dikatakan memberikan komen yang biadap kepada Raja Permaisuri Agong. Tetapi sebenarnya, mereka bukanlah punca Tunku menutup akaun Twitter.

Baca: Diserang Pengguna Biadap, Raja Permaisuri Agong Tutup Akaun Twitter

Gambar Perkahwinan Kreatif Dalam Suasana Banjir Tapi Kantoi Kahwin Dua Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama

gambar kahwin cantik

Gambar sepasang pengantin di dalam suasana banjir ini mendapat perhatian ramai kerana dianggap sangat kreatif dan lain daripada yang lain. Tetapi malangnya, pengantin lelaki kantoi bernikah tanpa izin isteri pertama.

Isteri pertamanya mendapat tahu berita perkahwinan ini hanya daripada gambar-gambar yang telah pun viral di media sosial. Lelaki tersebut juga telah mempunyai tiga cahaya mata bersama isteri pertama.

Baca: Gambar Perkahwinan Kreatif Dalam Suasana Banjir Tapi Kantoi Kahwin Dua Tanpa Pengetahuan Isteri Pertama

Fotografi Baju Pengantin Di Tanah Perkuburan Kristian, Pengusaha Busana Perkahwinan Dikecam

gambar kahwin

Gara-gara mencari kelainan, pengusaha busana pengantin ini dikecam dengan tindakan melampau mereka melakukan sesi fotografi di tanah perkuburan kristian.

Bukan sahaja tidak menjaga sensitiviti agama lain malah lokasi yang dipilih ini tidak mempunyai kaitannya dengan konsep busana pengantin yang dibawa.

Baca: Fotografi Baju Pengantin Di Tanah Perkuburan Kristian, Pengusaha Busana Perkahwinan Dikecam

Kain Batik Terengganu Cantik Dan Sejuk Untuk Baju Raya Rosak Di Tangan Tukang Jahit

tailor rosak

Mimpi ngeri buat gadis ini apabila kain baju raya yang dihantar kepada tukang jahit musnah begitu sahaja. Kain batik yang dibeli dari Terengganu itu bukan sahaja tidak mengikut ukuran badannya malah jahitannya juga seperti tidak kemas.

Bertambah malang apabila tiada wang dipulangkan semula walaupun diminta. Ini juga adalah kali pertama tukang jahit tersebut menerima tempahan baju kurung.

Baca: Kain Batik Terengganu Cantik Dan Sejuk Untuk Baju Raya Rosak Di Tangan Tukang Jahit

Masjid Berlumuran Darah: Individu Lepaskan Tembakan Pada 300 Jemaah Solat Jumaat Di New Zealand

tembakan new zealand

Seluruh dunia dikejutkan dengan berita insiden tembakan yang berlaku di Christchurch, New Zealand. Tembakan yang dilepaskan kepada 300 jemaah itu semasa solat jumaat. Insiden tembakan dilakukan oleh pengganas itu turut dirakam olehnya dan disiarkan secara langsung.

Baca: Masjid Berlumuran Darah: Individu Lepaskan Tembakan Pada 300 Jemaah Solat Jumaat Di New Zealand

Sempena tahun baru 2020 ini, apakah azam tahun baru anda semua kali ini? Mungkin azam anda antara yang tersenarai di dalam artikel di bawah ini.

Artikel berkaitan: 5 Senarai Azam Tahun Baru Yang Popular Dalam Kalangan Rakyat Malaysia

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...