Selamat Tahun Baru 2010 Dari BeautifulNara

Selamat Tahun Baru 2010 Dari BeautifulNara

new year 2010

Hari ini hari terakhir 2009. Cepat sungguh masa berlalu. Pejam celik pejam celik dah setahun rupanya. Esok bakal muncullah tahun 2010. Apa cerita dengan azam 2009 anda semua? Dah tercapai ke belum? Camner plak dengan azam tahun 2010 nie? Dah buat azam baru ke belum?

Advertisement

Buat kami di BeautifulNara, tahun 2009 memang banyak meninggalkan kenangan manis. Dari sebuah blog hiburan yang kurang dikenali, kini kami boleh menyatakan dengan bangganya kami adalah antara blog hiburan paling popular di Malaysia. Terima kasih kepada anda semua yang terus menerus menyokong kami. (macam ayat menang anugerah la plak)

Tahun 2009 jugak menyaksikan Fan Facebook BeautifulNara telah mencecah angka 2000 orang. Sungguh kami tak sangka secepat nie boleh cecah sampai 2000 orang sedangkan kami baru jer bukak Fan Facebook nie 2 bulan yang lepas. Terima kasih kepada anda-anda yang mengajak kawan-kawan, makcik-makcik, sepupu-sepapat untuk join FB Fan BeautifulNara. Buat yang belum, silalah jadi fan kami di sini ye.

Team BeautifulNara membuka tirai 2010 dengan melakukan GBN (Gathering BeautifulNara) pada 2hb Januari 2010 di Midvalley. Buat anda yang dah bagi nama untuk bertemu, kita jumpa di sana nanti. Dan kalau ada yang tak bagi nama tapi nak join, silalah pergi jer. Tegur jer kami kalau anda nampak kami di Midvalley time tue. Camner nak kenal? Kalau nampak orang-orang kat situ happening dan tengah bergossipping, kira betullah tue gathering BeautifulNara.

Buat artis-artis Malaysia, pesanan kami tinggalkanlah memori buruk 2009 dan marilah bersama kita membina dunia artis yang lebih cerah (sumpah poyo ayat nie) di tahun 2010. Kalau ada artis-artis yang berminat nak promo diri mereka di blog kami nie, jangan segan-segan untuk hantarkan email. Kami berani jamin populariti anda akan terus naik dan tak turun-turun lagi.

Ampun maaf jugak dipinta kepada semua jika ada salah silap sepanjang tahun 2009. Banyak artikel-artikel dan gosip-gosip yang kami janjikan kami nak letak tapi tak terkongsi sebab terlalu sibuk dengan kerjaya. Teruskan menghantar gosip-gosip anda kepada kami dan kami akan cuba untuk pamerkan gosip tersebut di sini.

Buat semua, jangan lupa terus melayan BeautifulNara untuk bergosip secara berhemah. Jutaan terima kasih sekali lagi dari kami kerana sokongan anda pada tahun 2009. Teruskan bergosip di BeautifulNara pada tahun 2010.

P.S: Lepas tengok show bunga api jangan lupa tengok gerhana bulan malam nie kul 1.15 pagi.

P.P.S: Satu lagi blog “Nara” akan muncul sempena dengan tahun 2010. Nantikannya tak lama lagi. Blog yg sedia ada ialah Blog KakNara & ButikNara, sudi-sudilah lawati ye~

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...